SeHaRi dALAM kELaKAR

Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.
Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"
Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua" Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?”
Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"
Penemuduga: "Mata kamu pula?"
Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya." Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"
Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu."

This entry was posted on Friday, June 11, 2010. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply