One Step Closer to become degree holder

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.semoga Allah merahmati kamu semua yang membaca blog ini :)

Hai uolls..sihat sihat belaka? haa.en fazreenayen cuti lama dah dari update2 blog ni haa.biasa lah penat nak menaip dan beberapa alasan yang lain.Secara amnya kerana sifat malas menguasai diri.haha.tak terlambat lagi kot nak ucap Selamat Berpuasa bagi seluruh kenalan Umat Islam.lagi 2 minggu kita raya yer.amacam baju raya? sudah ditempah? ke nak tunggu lelong malam raya baru nak gi beli.hehe.

Alhamdulillah.setelah sekian lama menanti, dapat lah jugak menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran di Uitm Shah Alam.


walaupun sedikit terkilan tak dapat sambung dalam ijazah undang2.tp apa bleh buat, dah rezeki ada di fakulti ini sahaja.tetap bersyukur.kalau ada rezeki dalam undang2 mungkin lepas ni UUM akan panggil untuk isi kekosongan di sana.insyaAllah.ramai kawan2 yang dekat pre-law dulu semua terlepas ke course ini.tak apalah,ada jugak la peluang masuk degree.ramai lagi kat luar sana tak dapat peluang sambung degree.

apa2 pun fazreenayen kat sini nak ucapkan selamat maju jaya pada semua kawan2 yang akan sambung degree tu.tak kira pa jua course yang dapat niat mesti betul.belajar dahulu.jumpa di shah alam nanti ya kawan2.insyaAllah.salam berpuasa.selamat hari raya.maaf zahir batin :)

This entry was posted on Sunday, July 21, 2013. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply