Archive for June 2012

sejauh mana kebenaran? jom buktikan. :D

No Comments »

PLEASE SHARE !
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.”
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.
** Credit : UtusanMalaysia – 16 Julai

ujian HIDUP berpasangan

1 Comment »

assalamualaikum.

today's friday 29th JUNE 2012 aku sorang2 kat bilik tanpa roomate kesayangan.semua pakat balek kampung.aku saja xmau balik sebab nak rasa mcm mana life kawan kawan yang jauh tu.camna depa survive kat cni sebulan tak balek.huhu.actually sebab pagi ni ada fitting 'SEASON bak kata ANUAR.haha. * session actually..semalam best siot,tidoq bilik SHAH berkampung ramai2 kat citu tgk FINAL DESTINATION 3 sampai 3 pagi pstu xleh tidoq.huarhhhh..

kenapa tajuk cmtu? ermmm..actually aku ada banyak benda nak cita kat cni td tapi skang dah lupa.haha.xpalah.yang mna aku igt aku cita.ouyeah..dalam hidup berpasangan ni mmg banyak sangat ujian kita dengan pasangan kita tu an.dari dulu g.tu pon depends pasangan kita tu cmna.kalau kita cari yang senyap,senyap lah.tp ada keburukan kot len plak.kalu bising,bising sangat.tapi ada kebaikan dari segi lain plak.nobody's perfect lah senang cakap.tapi satu ja yang aku belajaq dalam perhubungan ni.kalau xdak salah sorang tolak ansur mmg xkan pernah selesai masalah yang berlaku.tapi kalau kerap sangat sebelah pihak yang sama ja yang kena tolak ansur tu dah kira pijak kepala.bagi aku,TAK ADA dalam bercinta istilah X JELOS!.tipu sangat...kadang2 kita PERLU test pasangan kita nak tgk tahap kecemburuan dia.nama pon sekadar test.maknanya bukan sentiasa buat dia cemburu.tu ang dah melebih la maksudnya.kalau kita betoi2 sayang ke pasangan kita tu,kita mesti tau apa benda yang dia xsuka kita buat dan kita sepatutnya meninggalkan..kalau betoi2 sayang laaa..agi2 kalau kita asyik begaduh pasai benda yang sama ja.tapi kita still dok buat.nak buat ketegaq orang KEDAH kata boleh ja.tapi biaqlah bermasa dan bertempat.ada kalanya orang boleh adapt ngn perangai plek kita tu.tapi xsetiap masa.even orang yang dah kawen pn bercerai kan.apatah lagi yang baru nak tanam jagung ni.belajarlah mengalah.ALLAH tu maha adil.kalau kita sedar apa benda yang kita pernah buat kat orang,dia akan balas ataupun dia tengah balas tanpa kita sedar.erm.orang lain yang pernah diperlakukan tu mesti perasan.there're no KARMA in ISLAM.juz qada' n qadar. any masalah yang cuba hadapi sekarang aku cuba cool.cuba sedaya upaya untuk cool walaupun menyakitkan hati.sebab aku nak sangat belajaq camna erti sabar tu.tapi kalau aku xtahan sangat aku naik kan suara.tu pon xmenakotkan pon.aku xreti marah.siyez..kalau ni lah ujian untuk aku dari Dia.aku terima seadanya.kalau ditakdirkan perhubungan kami memang xdak keberkatan dan terputus tengah jalan aku redha.sedih mmglah.xdak sapa akan suka kalau berlaku camtu except dia dah benci sangat lah kat pasangan dia tu.apa lagi eh nak kongsi? adoi.lupa.telan semut banyak ngat.maap2

.yeahh..anda semua mesti xsuka kan kalau pasangan anda sebut orang yang yang anda xsuka esp menyebabkan hubungan anda tungging langgang? kalau xsuka make sure anda jangan buat benda yang sama kat pasangan anda tu.semua manusia ada hati.kita xtau tahap mna lembut hati tu.ada orang benda remeh pon terasa.ada orang dia cool ja.ada orang benda teruk pon dok posivite citu lah.kita xleh nak estimate even cara sebut tu dalam keadaaan melawak & sbagainya..kebanyakan yang kapel sekarang mesti ada EX kan? apa korang akan buat kalau pasangan korang mintak izin untuk contact EX dia? mesti berat kan nak bg..pikir2 kan lah.semua aku dah lalui.sebab tu aku sayang sangat relationship nih.sebab di unik.kalau aku bukukan cerita kami.mesti jadi jualan laris lah.haha.dari relationship ni aku mula kenai diri aku seniqi dan kenai macam2 jenis manusia.yess..! 

ok lah.penat dah menaip.panjang dah kot.huhu.lain kali update lagi.mintak maaf pada pihak2 yang terasa.juz perkongsian dan diselitkan sikit teguran2 yang xmampu nak lafaz dari mulot.harap menerima dengan hati yang terbukak.insyaAllah.see yaaaa.!semoga kita berkekalan sampai akhir nyawa.:)
 bye semua`

JOM ber sya'ban :)

No Comments »

 sekejap ja dah masuk bulan sya'ban..hurmmm..bulan ni kalau banyak kan ibadah insyaALLAH apa kita mintak pon dapat.nak mintak keampunan pon masa ni lah yang sesuai.sebab berdasarkan hadis kat bawah ni :

Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”. 

so,tunggu apa lagi kengkawan..jom puasa n buat ibadat jom.kalau x,rugi kita.jangan buang masa.insyaALLAH Dia bagi apa yang kita mintak.xrugi pon

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


:)

UITM >>> VIETNAM

2 Comments »

Assalamualaikum~
kengkawan yang cek sayang sangat2.awww * gedik ckit :P
lama nyaaa xupdate blog.rasa janggal dah pegang keyboard ni pon.ermm..pejam celik pejam celik dah nak dekat 2 bulan aku kat MERBOK..oooyeahh..bahagia nyaa kat sini.dapat kenai dengan ramaii pre-lawrian yang spoting2 belaka.especially classmate aku lah,
WAN AIDIL,WAN HAFIS,FAREED,SYAKIR,ANWAR,IKHMAL,FAEZ,AZWAR..
kat bazar tempat shopping ;)
huhu.yang girls pon ok jaaa..x laa passive sangat..about subject,erm quite difficult laaa.maybe sebab awai lagi kot.xleh nak catch up sangat.lepas ni kalau buat pass year question boleh la tangkap cket2 kot.insyaAllah..all ENGLISH !! tu yang eden lemah kit tuh.huhu.xpo.MAN JADDA WA JADA kan? hehe..lecturer kat sini pon baik2..semua MADAM & MISS jaa.memey kena bodek je lah nak markah lebih..segak2 belake.tapi niat nak belajar ja bukan nak ngorat lecturer.heeee ☺ .event kat sini pon quite interesting.minggu lepas T.Perdana Menteri mai.ada karnival jom meniaga kot kalau x silap.ramai laa jugak.tapi aku xsempat tengok karnival tu berlansung sebab aku balek sebab nak p VIETNAM.huhu.kat vietnam ada apa? haha.semua orang tanya macam tu.sebenarnya ni family planning lah.sebelum mai UITM lagi dah beli tiket.so,nak ke xnak aku kena la ikut.xkan nak buang plak tiket tu kan.kesian kat abah ikot je lah.VIETNAM ni untuk ore ore tino jo..barang laki tu 30% ja.yang lain semua perempuan.kain kain.baju.jubah.barang lelaki yang special pon suit blazzer yang siap segera.kat MALAYSIA xdak rasanya kedai yang dapat siapkan segera dgn harga yang murah..haaa..daripada cerita UITM dah masuk cerita VIETNAM pulak dah.haha.xpalah.just isi masa lapang update blog.nanti update lagi.tata semua.thanks for visit my blog ♥♥♥