KESIHATAN

Tahukah anda kemandulan bukanlah di pihak isteri semata-mata, lelaki juga tidak kecuali dari mengalami masalah mandul ini. Oleh itu, janganlah asyik menyalahkan pihak isteri apabila anda tidak mempunyai zuriat setelah beberapa tahun anda berkahwin. Seperti wanita juga, ada banyak sebab mengapa lelaki boleh jadi mandul. Berikut kami senaraikan 9 sebab mengapa lelaki mandul.

  1. Kemandulan boleh di sebabkan oleh seseorang lelaki yang mengalami penyakit Klineelters Syndrome iaitu sejenis penyakit semula jadi yang diwarisi. Lelaki yang mempunyai penyakit ini memiliki kelainan pada alat kelaminnya, biasanya saiz penis yang amat kecil. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai daya untuk mengeluarkan benih-benih sperma.
  2. Pernah mengalami penyakit kronik dalam tempoh yang panjang. Misalnya, sejak di dalam kandungan ibu, mengalami demam panas yang melampau, penyakit kelamin atau terlibat didalam kemalangan yang menyebabkan buah zakar rosak.
  3. Mengalami jangkitan kuman dan penyakit kelamin yang terlular ketika melakukan hubungan seks bebas dengan wanita yang membawa kuman gonorhea, sifilis, HIV, herpes, genital, dan sebagainya.
  4. Akibat dari penyakit varicoles atau hernia. Ia menyebabkan buah zakar menjadi besar, keras dan sakit. Begitu juga dengan urat-urat di sekitarnya turut membesar dan mengeras.
  5. Menghadapi masalah pada skorotum, bahagian yang menghasilkan air mani. Ia tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan tidak berupaya mengeluarkan sperma yang bermutu. Sebaliknya sperma yang dikeluarkan tidak mempunyai benih.
  6. Kemandulan juga boleh disebabkan oleh kecacatan sesorang lelaki seperti dilahirkan dengan hanya sebelah buah zakar, mengalami gangguan hormon testosterone ataupun testicular failure.
  7. Mengalami mati pucuk, impoten, lemah tenaga batin, pancutan air mani yang pramatang, penis mengecil, hilang ghairah atau nafsu seks, tekanan emosi yang serius dan lain-lain lagi ( Masalah peribadi )
  8. Lelaki yang terlalu banyak mengambil ubat-ubatan seperti ubat kencing manis, ubat antipsychotic, termasuk Chiorpromazine, Haloperidol dan Antidrepressant seperti Amitriptyline dan Imipramine.
  9. Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol, selalu duduk dalam keadaan panas dan kotor seperti pencemaran asap kenderaan, bahan kimia dari kilang seperti radioaktif.

SENAMAN
 
Selain daripada mengamalkan diet seimbang, senaman juga dapat membantu mengurangkan stres. Senaman amat penting dalam kehidupan seharian kerana ia dapat menyihatkan badan. Senaman merupakan sebarang aktiviti fizikal yang dijalankan secara berterusan untuk beberapa waktu dan dapat meningkatkan denyutan nadi.
 
KEBAIKAN SENAMAN
 
i.        Memberikan lebih tenaga
ii.      Meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit
iii.     Memperbaiki sistem pernafasan dan jantung.
iv.    Memperkukuhkan keyakinan diri
 
Mengatur cara tidur yang betul
 
i.        Meningkatkan daya konsentrasi atau perhatian yang lebih baik.
ii.      Meningkatkan kekuatan dan stamina
iii.     Menjadikan seseorang berfikiran positif dan mengamalkan cara hidup sihat.
 
PANDUAN SEBELUM MELAKUKAN SENAMAN
 
Memanaskan badan (5 minit)
 
Pemanasan otot merupakan latihan atau regangan agar badan lebih bertenaga di samping dapat mengurangkan risiko kecederaan semasa melakukan senaman.
 
Senaman aerobik (20-30 minit)
 
Menggerakkan keseluruhan badan dalam jangka masa yang telah ditetapkan sekurang-kurangnya dilakukan 3 atau 4 kali seminggu untuk mengekalkan kesihatan. Aktiviti yang selalu dilakukan termasuk berjalan pantas, jogging, menunggang basikal, tali skipping, berenang, bola keranjang dan aktiviti turun naik tangga.
 
Merehatkan diri / Menyejukkan badan (5 minit)
 
Lebih kurang sama dengan memanaskan badan. Dapat menurunkan tahap aktiviti dan membantu mengelakkan kecederaan dan kesakitan badan setelah melakukan senaman aerobik.
 
 
ZON SENAMAN
 
·        Mengawasi kadar denyut nadi untuk senaman selamat dan berkesan.
·        Kadar nadi yang perlu dicapai ketika bersenam ialah 60%-85% daripada kadar maksimum nadi. Contoh:
     Umur 24 tahun. Kadar maksimum nadi 200 - 24 = 176 denyut nadi. Kadar nadi yang perlu dicapai ialah di antara   
     105% - 150%.
·        Capai kadar nadi yang perlu dicapai secara perlahan-lahan.
 
LANGKAH-LANGKAH SEBELUM MELAKUKAN SENAMAN.
 
1.      Berjumpa dengan doktor untuk menentukan tahap kesihatan jika anda:
 
·        berumur lebih daripada 35 tahun (lelaki) atau lebih dari 40 tahun (perempuan dan tidak pernah melakukan senaman.
·        Kesihatan yang tidak menentu.
·        menghadapi masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit hati atau lebih daripada satu faktor berisiko penyakit hati.
 
2.      Jangan bersenam apabila anda sakit atau tak sihat.
3.      Pilih senaman yang mudah mengikut kemampuan.
4.      Jangan bersenam dalam masa dua jam selepas makan.
5.      Pakailah pakaian yang sesuai dan selesa dengan senaman yang hendak dilakukan.
6.      Bersenam dengan betul. Jangan lupa, ambil masa untuk memanaskan badan sebelum bersenam dan rehatkan diri selepas bersenam.
 
UNTUK SENAMAN YANG BERKESAN, PASTIKAN ANDA:
 
·        bersenam sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali seminggu.
·        bersenam pada sasaran kadar nadi antara 20 hingga 30 minit tanpa gangguan.
·        Buatlah senaman aerobik seperti berjalan pantas, jogging, berenang, menaiki basikal, senaman aerobik dan melakukan aktiviti naik dan turun tangga.
 
Anda boleh melakukan senaman mudah seperti berikut dalam kehidupan anda seharian. Melakukan senaman mudan ini secara konsisten bukan sahaja meningkatkan tahap kesihatan anda tetapi juga membantu anda membebaskan diri dari stres yang anda alami.
 
ANTARA SENAMAN MUDAH YANG ANDA BOLEH LAKUKAN IALAH:
 
i.        Berjogging.
 
·        Boleh dilakukan bila-bila dan di mana sahaja. Ia boleh dilakukan secara berkumpulan atau seorang diri. Jika anda selain mengamalkan aktiviti berjogging ini, ia boleh mengelakkan anda dari stres.
 
i.        Berjalan kaki
 
·        Ia amat sesuai dilakukan oleh orang yang telah tua dan mereka yang disyorkan melakukan senaman ringan.
 
i.        Menunggang basikal
 
·        Menunggang basikal elok untuk jantung dan pernafasan yang boleh membantu mengurangkan stres. Untuk kesan yang ketara, aktiviti ini boleh dilakukan sentiasa selama 30 minit, paling kurang 3 hingga 4 kali seminggu.
 
i.        Berenang
 
·        Berenang membantu sistem pernafasan, menguatkan jantung dan baik untuk otot serta tubuh badan.
 
i.        Beraerobik
 
·        Faedahnya sama seperti kita berenang. Ketika aktiviti aerobik dilakukan, minda kita berhubungan terus untuk mencapai teknik gerakan selari dengan muzik yang akan membantu kita menumpukan lebih perhatian dan seterusnya mengurangkan stres.
 
i.        Aktiviti fizikal.
 
·        Aktiviti fizikal atau sukan seperti bermain badminton, tenis dan ping pong.