Archive for December 2012

KEMBALI SENYUM ☺

2 Comments »

assalamualaikum...pembaca yang setia.hari ni fazreenayen.blogspot.com sangat bosan.so,solution nya dengan mengupdate blog dengan cerita yang tah pa2.haha.ada aku kesah.mood nak wat segala assignment masih tak muncul.lari mana laa mood tu yer.bila nak balik duduk dalam badan aku ni.satu buku pun aku tak pegang.yang pakcik abu bakar ni sibuk dok berceramah pasal study.hmm.dengar je laaa..dah takdir dapat ayah penceramah.haha.macam kemaren jugak.bila aku bosan dok sorang2 aku.keluarga bazookaa kesayangan aku.eos canon 1100d.oyeahhh..kamera ni aku baru beli awal tahun ni.hmm.ni kira sebagai gaji aku tolong ayah aku buat kursus hari tu.dia nak bagi cash aku xmo.aku nak camera.hehe.nampak tak permainan di situ.kalau cash dapat berapa ja.tak cukup beli camera ni.hihi.hidup mesti mau cerdik sikit la bro.BTW,nak kongsi gambar aku yang bajet comels ni lagi.ni haaa...tatap lah :D

haha.ketagih pulak dok buat collage ni.dan baru start layan apps " photoscape".apps ni sesuai untuk orang malas.tekan ja jadi.haha.kalau photoshop tu untuk orang rajin2.tarik sana sini.tekan situ.haih.pening laa jugak.hmm..

haaa.korang dah ada lesen? apa? lesen P? wahahahaha..nak riak la sikit.tudiaaa.mengaku.dak aih.nak royakk ke kamu yang cek dah abeh dah P.tadi baca satu post kawan aku ni.dia baru nak test JPJ.huhu.xpa2.jangan mental down pulak baca post ni.teruskan.apa laa sangat dengan lesen permanent ni.hehe.tapi bangga laa jugak sebab dah boleh cabut sticker yang mencacatkan kereta dan jugak moto aku tuh.hoho.nak tengok ??

woi woi..gelak apa gelak? just ignore gambar tu.aku pon tak suka.tapi tu ja ada.pasrah.sobs.haha.apa2 pon aku dah dapat lesen permanent aku.aku lupa nama lesen ni yang betul.kompiten ka apa tah.huhu.kau ader?? belagak bak hang .yang lesen P tu dapat balik.tapi JPJ dah gunting sbagai simbol kata takleh guna dah.tapi sad story lagi bila harga wat lesen dah naik.huhu.dulu 2 tahun rm60.tapi sekaran 2 tahun rm75.haihh.bapak gue dahlaa tinggal rm70 ja tadi.dah kena topup rm5.nasib baik ada.kalau dak mau cering aku kat kaunter tu tadi.nanti korang dah habes p bagitau laa yer.aku tau ada yang dah abes awal dari aku.saja aku wat ciwi kat sini.hee..ok lah.nak story yang tu jaaa.see yaaa...salam

hari kedua cuti mid sem

No Comments »

hai..salam ukhwah everyone.hari kedua dalam cuti mid sem ni.bila aku atas katil dah tak ada aktiviti nak buat.daripada asyik termenung kenang nasib diri nih.baik kau menaip.enjoy laa jugak.bolehlaa.actually tak ada dalam senarai minat aku pon taip menaip ni semua.just nak hilangkan rasa stress dan jugak boleh puas kan diri sendiri.ouchh.jangan pikir macam2.bukan boleh sangat korang nih.otak kuning kadang2.hahaha.joking k.

hmm..today for the whole day aku dok saja.makan online.kacau orang nu kacau orang ni.maklumlah.tak ada sapa dah nak bermanja nak bermesra kan.hehe.takpa.tutup kisah tu.aku tetap dengan kehidupan aku.walau tak se enjoy dulu.tapi yelah.still kena teruskan.kita manusia.hidup atas dunia ni sementara ja kan.semua harta kita pinjam dariNya yang maha Esa.Dia yang lebih berkuasa.kalau Dia nak tarik balik kebahagiaan atau kenikmatan.bila2 ja dia boleh.bagi yang masih tak di tarik nikmat tu.bersyukur lah.sentiasa ingat yang Dia sedang perhatikan kita.ehem.ustaz dok bagi tazkirah pulak dah.hehe

Pagi tadi agak awal bangun.tak payah cakap la kan pukul berapa.janji "awal".faham kan? ehem.hehe,lepas tu bangun sarapan.mak buat mee goreng.sedaappp...nak tengok gambar? jap..

sedap kan..gambar google image.jangan nak percaya sangat.tapi macam ni laa.sedap tak pasti.haha.lepas makan tu naik atas.amik laptop download lagenda budak setan 2.wah wah.berharap kualiti HD.tp yang dapat.hmmm...boleh tgk je laa.tp tak feel.uhuk2.then tak dak keja aku dok main ngn kamera yang dah tak da arah tuju.model dulu dah cabut lari.dia dapat photographer baru.upps.haha.jangan nak sentap2.melawak je ni.so aku pon bergaya lah depan kamera sendiri.wat gediks2 gituh kan.haha.nin diaaaa hasil karya petang tadi.tak banyak pon.aku reti amek gambar orang ja.gambar aku tak reti.hihi

jangan nak copy2 plak.mintak izin dulu.cewahh.bajet gituh.huhh.cantik kan mata hujung ni.tak sangka.hihi.perasan woi perasan.dok asyik2 gulin kat hall atas mak jerit ajak p makan kenduri.tak dak sapa nak bawak kereta katanya.saja ja makcik ni.padahal dia amek lesen awai dari aku.aku tak bagitau dia pon lesen aku mati.bawak wat kering ja p makan nuqi.haha.sangat berani.kalau kena roadblock mmg gantung laa lesen tuh.phewh..

balek dari kenduri p giant la pulop.shoping macam2 barang dapoq.dan 90% daripadanya semuanya MAKANAN ! nampak tak heaven di situ.dan kat giant tu jugak aku timbang berat aku.pakai hat digital boh 20 sen tuh.tapi mesin tu kuaqjaqqq.dia jerit kuat2 berat aku.segan bak hang.haha.kalau ringan tak kisah.phuihhh

balik tu apa lagi.dok cangak saja.tengok tu tengok ni.sampai laa malam ni.hmm.best kan cuti? *tangan didada mata ke atas* haha..tunggu hari esok apa pulak nak kena buat.yang pasti aku perlu renew lesen aku sebelum balik merbok.hoho.nak berjalan senang der.k lah.nanti story mori lagi semua.thanks sudi baca.jangan lupa komen2 di bawah ya.freee jaa.tak payah bayar :)

sudah ditakdirkan semuanya :')

7 Comments »


assalamualaikum.salam alaik para pembaca sekalian.akhirnya berpeluang jugak nak update blog usang ni.tak ada apa yang menarik sangat pn.maklumlah blog untuk luahan hati kecil aku ja.hmm.terima kasih kerana sudi singgah untuk baca kisah hidup aku ni :)


setelah hampir 2 tahun aku dan seorang gadis bernama athirah syazwani binti shabudin dan telah melalui bermacam macam dugaan dan cabaran.nampak macam happy ending tapi..... maybe dengan cara kami ni boleh happy kan kedua dua2 pihak.insyaAllah.masing2 dah membawa haluan masing2.berpisah secara matured dan professional.tak perlu bermasam muka dan gaduh.just be friend first.punca2 perpisahan tu rasanya terlalu peribadi nak diceritakan kat blog ni.biarlah ia menjadi isi hati aku dan Allah yang maha Esa sahaja yang menjadi tempat aku luahkan segala kesakitan.

Dalam perpisahan ni aku tak salahkan mana2 pihak even kalau ada pihak ketiga pon aku tak akan salahkan.aku hanya salahkan diri aku yang tak pandai nak manage relationship kami.dan aku sendiri tak pernah rasa yang aku akan bahagiakan athirah syazwani.walau macam mana pun aku akan teruskan peranan aku sebagai seorang hamba Allah.tiada perakhiran bagi hayat aku selagi malaikat maut tak turun untuk mencabut nyawa hamba Allah ini.

Aku gembira dapat kenal orang bernama athirah syazwani dan aku juga dah rasa macam2 emosi sepanjang relationship tuh.segala memory dan gambar semuanya masih tersimpan sebagai kenangan.kalau tiada aral melintang.titte kawan tu masih lagi wujud antara kami.sebenarnya,aku bukan jenis yang suka bermusuh bermasam muka dengan orang.kalau ya pon maybe takkan lebih dari 3 hari.sebab aku tau,yang Allah tu akan laknat hambanya yang tak bertegur sapa sesama insan melebihi 3 hari.Pengalaman aku sepanjang 2 tahun membuat aku lebih matang dari diri aku yang dulu.walau tak sangat.maybe dengan cara ni aku akan bebaskan dia untuk berkawan dan tak ada la sesiapa yang nak cemburukan atau sakitkan hati dia lagi.insyaAllah.

kalau dulu,handphone sangat berguna.lani pon sama ja.jarang lah handphone tak menyala.haha.tapi tak lagi sekarang.hanya guna untuk urusan2 penting jaa.tapi dengan kawan2 tetap la mesej.yang paling mengejutkan bila aku balik ke Uitm.ramai pulak laa yang senasib dengan aku.maybe musim ni musim break off kot.huhu.ntahlaaa.

apa2 pon aku tak nak dan tak kan bermusuhan dengan sesiapa pon.mcam yang aku dah sebut kat atas tadi,bukan salah sesiapa.salah diri aku sendiri.dan semuanya masih terlalu awal.Allah tu sayang aku agaknya sebab tu dia beri semua ujian ni.dan aku terima dengan redha.perubahan demi perubahan akan aku buat.cuma sekarang.aku nak maintain pointer untuk jadi LAWYER.bangga kan mak ayah.baru cari pengganti.insyaAllah athirah syazwani,awak dah cukup lengkap.mesti akan jumpa yang lagi dan terbaik dari saya.awak bebas sekarang.kita still kawan.ada masalah boleh rujuk.dan sampaikan salam terima kasih saya untuk parents awak yang dah anggap saya sebagai sebahagian family awak dulu.thanks a lot.ingatlah.semua ni berlaku tak semestinya ada hikmah.terima dan redha.yang lebih baik akan datang.insyaAllah.setakat ni dulu.bye2 semua.ASSALAMUALAIKUM :')



"BERCINTA KALAU TIADA RESTU AGAMA TAK KEMANA" :)
pesanan untuk diriku dan semua followers.jangan lupa tinggalkan komen anda.