warna-warna
suatu kisah
Seorang anak bertanya kepada ayahnya
"ayah, kenapa tv dulu-dulu tiada warna?"
ayahnya pun menjawab, "kerana warna pada masa dahulu tidak wujud, nak"
"habis tu, mana datang warna nya ayah?"
"mari ayah ceritakan sebuah kisah...."
--------------------------------------------------------
Pada masa dahulu, warna tidak wujud lagi. Hanya ada hitam dan putih sahaja. Manusia pun hidup dalam keadaan bosan, kerana pemandangan sangat tidak menarik.
tiba-tiba, selepas hujan yang lebat malam sebelumnya, satu pelangi besar muncul dilangit. Semua orang pun terasa tertarik melihat pesta warna-warna di atas langit.
Semasa manusia tengah asyik melayan suasana meriah tersebut, pelangi besar itu terjatuh dan melimpah warna keatas bumi ini.
Manusia pun berebut-rebut memilih warna masing-masing.

PEMANDU
Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.
Orang kaya I : ” Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie.”
Terus dia panggil pemandunya si King Kong ” King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez.”
King Kong pun menjawab dengan sopan,
” Yes Sir !! Right A way !!” Dengan pantas terus ke kedai kereta.
Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
” Nampak? Apa aku cakap….dia buat betul-betul”
Orang kaya II : ” Haha….itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau.” Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. ” Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?”
Rambo: ” Yes Sir !! Right A Way !!” dan dia terus cabut ke rumah tuannya.
Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, ” Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.
Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : ” Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!”
Rambo : ” Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah…..Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!”
Ujian Kesihatan
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing…
Ok, dah kena!
Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini ru berumur 8 tahun. Dia cakap “Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!”“Ok!” kata anak dia.
Si ibu pun undur keretanya.
“Lagi mak undur lagi” kata anak dia.
“Lagi lagi” kata anak dia.
Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba “DAMM” kereta yg dia undur tu terlanggar
pokok kat belakang.
Anak dia pun menjerit” OK! Mak, dah kena!”
ORANG GILA !!!