Archive for 2013

Le' New Pamili ♥

1 Comment »

assalamualaikum pembuka kata.

bismillah awal bicara.
nindiaa nak cerita kat hampa
aku lani dah duk kat unibersiti utara ! 

Tudia dah lama tak menaip,tau tau masuk entry baru dengan pantun.buang tebiat ka hapa.hehe.apa khabar followers dan stalker2 budiman sekalian.Setelah sekian lama ku pergi meninggalkan arena blog-an ini kini ku kembali dengan wajah tenang tanpa iri hati.apa kaitan iri hati pulak? 

Alhamdulillah.setelah hampir 2 bulan bergelar mahasiswa di sebuah universiti awam di hujung Kedah tu.UUM lah tu.  yeahh quite enjoy even dahulunya sedih seketika sebab berpisah dengan kebanyakan kawan asasi Merbok.tapi orang kata tak kenal maka tak cinta.so sekarang dah move on but still sahabat sahabat asasi dalam ingatan.jangan risau.hehe.akan aku set satu masa nanti nak p jumpa hampa semua kayy kayy kayy.either dekat Shah Alam or Seremban.tapi yang pasti akan ku pergi nanti.gituu.

So, mula2 dekat kampus tu aku tak kenal sangat dengan sesiapa jadi aku berkawan pun dengan team team merbok ja la miza,asy,kak an n suhail.hari hari jumpa makan lepak semua dengan geng ni ja.Classmate pun awal2 macam tak ngam sangat.Awalnya tu ada la jugak gaps between first intake n second intake.Normal lah tu.mana2 pun macam tu.so aku tak ambil benda tu serious sangat sebab aku tahu at the end semua akan okay.Kelas pertama aku masuk jumpa Faizi n Aina.

Then mula rapat dengan aina sebab kelas contract group assigment dengan dia.Dia suruh aku panggil dia Yuna?dalam hati "apa masalah budak ni".pastu dia mintak number aku dengan ayat "aku bukan nak mengorat kau".perasan betul.hahaha.Tapi makin kenal makin selesa berkawan dengan dia.Even muka ada gaya cool steady ja tapi setiap minggu ingat nak balik.Tak habes2 dengan Seremban dia tu.haish.Manja orangnya tinggi egonya garang kadangnya.takut gemok tapi kurus macam lidi.haha.Something special about her :)

Then start kenal Maria,kawan baik kepada si Aina.katanya teman sehidup semati.harapnya begitulah..Maria ni jenis gegila macam Aina jugak.Best tentang Maria ni sebab dia ada dimples macam gua.haha.memang pantang sikit tengok geng2 lesung batu ni.Start kenal dia masa kami keluar berempat ke Alor Star Mall.Sebab dua orang minah senget ni rindu sangat nak masuk mall.so as tour guide bawak je lah pegi.Masa yang sama nak beli baju putih katanya.Tu lah first time kami keluar berempat,Aku Suhail,Maria and Aina.(ASMA) tetiber keluar akronim tu.haha.Actually budak Maria ni one of the good shoulder jugak la.banyak benda boleh cerita kat dia.selalu gak bebankan dia dengan masalah.hehe.sorry dik.Kalau bab nak mengusik melawak dan sewaktu dengannya serah ja kat budak ni.dia tererrrr.hehe.

Ada lagi sorang dalam keluarga baru aku ni.Nama dia Zana.lebih mesra dipanggil janana~ macam ya Hanana pulak.manis kurus molek orangnya.sedikit pendiam daripada dua lagi makhluk di atas tu.tapi bila dia bersuara tu ada ja leteran dia.haha.nice to know you zana.btw dia dah berpunya kawan-kawan.Khabarnya sangat sweet dengan boipren kesayangan dia tu.hehe.Semoga berbahagia yer.Even dia classmate aku berbanding Maria yang hanya budak kelas sebelah,tapi aku kenal maria dulu sebelum dia.haha.nampak sangat Maria tu bising.gila hang tak kenal.Then baru tau yang dia classmate aku .

Apa apa pun nak cerita yang aku gembira kenal hampa hampa sekalian.(kedah ascent).Family baru kawan baru kecuali suhail.kawan lama even asasi kelas lain2 tapi mai sini aku terpaksa rapat dengan hang sebab takda orang lain dah.hahaha.k k k melawak.Family baru ni dinamakan FAMILY WOK JUNTAI sempena nama insta suhail wokjuntai.boleh lah kalian follow lepas ni.Love 4 of you.Best buddyz for eva yer.

Setakat ni hujung minggu ja mesti keluar lah dengan depa depa ni.kering poket woi.InsyaAllah plan seterusnya ke Langkawi.nak tengok burung helang yang besar tu then balik.hehe.harapnya kegembiraan dan kesedihan dapat dikongsi bersama.forever wok juntai's.

InsyaAllah entry seterusnya akan di update di kemudian hari.semoga panjang umur dan jumpa lagi.follow twitter @sayafazreen/insta: fazreenayen :) byeeeeeeee.


follow wokjuntai dan fazreenayen 


follow saya @sayafazreen

Selangkah ke Menara Gading

2 Comments »

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.


27/8/2013 1.27A.M aku masih lagi terpacak di hadapan sebuah screen berukuran 14' dengan jari jemari masih lagi giat menaip sebuah nukilan hasil daripada satu tweet yang membakar semangat di dada.acewahh.takyah nak novelist sangat lah kan. 

haha.sorang hamba Allah yang manis orangnya tetiba cc kan tweet dia ke arah aku suruh aku kembali mengarang di blog yang ala2 budak teknologi kata beliau.takpa.aku sahut arahan mu wahai sahabat.hehe

Tajuk yang simple lagi mudah bak kata orang Indon Gampang.kalau di perak jangan disebut gampang.nnti makan pelempang.haha.motivasi masuk U? alahai.abah aku tak turun lagi bakat dia motivasi motivasi nih,apa yang aku tau nasihat dan bagitau apa yang aku tau.itu saja.bukanlah motivasi sangat pun.ekceli pakar2 motivasi kat luar sana tu taklah bijak mana pun.cuma mulut mereka manis petah bicara.tetapi itu bukan kunci kejayaan mereka.Yang menjadi nadi penggerak utama kerjaya mereka tu adalah pengalaman.Experienve taught a lot.Tulisan aku taklah menarik mana pun.Bagi yang rasa nak baca tu hampa baca lah.yang takmau baca mai setakat bagi naik traffic blog aku sudah.jangan lupa follow twitter.gituww.kempen tu mau selalu.haha.takda lah.melawak2 orang tua2 macam ni lah :)

Selangkah ke Universiti.ini selogan bagi product2 matrikulasi dan stpm lah.kalau bagi yang dah belajar asasi dan diploma tu hampa dah beribu2 langkah.kalau yang Uitm tu siap ada jalan 10 000 langkah lagi.wah wah.haha.

Kehidupan di alam Universiti memberi seribu satu kenangan dan pengalaman.Bergantung pada mahasiswa tu sendiri cara macam mana dia mencorak kehidupan di alam universiti.Ramai weh orang kat Universiti tu.macam2 perangai macam2 gaya macam2 pattern.tapi belum jumpa yang takda kepala.kalau jumpa buatlah apa yang patut.nyenyenye.ok stop .haa.nak ceritanya.kalau hidup anda sebelum ni merupakan anak manja.semua benda harapkan maid semua benda nak kena manja.alahai.memang dekat Universiti nanti nangis bawah selimut lah cerita dia.takleh macam tu dik,kena strong.kena berdikari.Frankly speak, mana2 tempat memang ada peraturan.tp kalau hidup asyik ikut peraturan takda lah pengalaman menarik masa tua nanti.kadang2 tu perlu juga ikot kepala kita.tp saya kat sini bukan nak mengajar bakal2 mahasiswa ni buat jahat.no no no,mohon jgn print screen ni amik lawyer saman saya kat mahkamah.jangan sesekali.Apa yang cuba aku sampaikan kat sini carilah peluang dalam universiti tu untuk cipta pengalaman.sebanyak mungkin.sebab seorang tu akan berjaya berdasarkan pengalaman yang dia tempuh.

Sebagai contoh,orang yang dipermainkan hatinya akan hidup lebih berhati2 dalam kehidupan seterusnya.orang yg accident akan insaf dari bawak kereta laju? ehh.aku tak pun. dan banyak lagi lah contoh.so pengalaman.ingat word pengalaman.Universiti dikatakan gedung Ilmu.tapi kalau tak pandai cari manfaat Universiti cukup untuk memuatkan beribu2 LEMBU ! haa gituh.

Cinta bukan masalah baru dalam kalangan remaja.so cinta di alam universiti ni lebih extreme.terutama bagi kaum hawa atau orang melayu cakap geng pompuan.set2 kelate ckp ore tino.haaa.mereka ni terdedah kepada kejutan budaya.mereka rasa bebas daripada jagaan mak ayah.so bila dekat U bebas berkawan.Kalau yang dah dapat didikan agama tutur budi bahasa dgn smpurna tu Alhamdulillah.bagi yang bernasib malang ni,maruah tergadai macam tu ja.lelaki2 tu kenyang dapat ratah ayam kampung free2 ja.jangan biar nasib tu menimpa anda yer.ingat tu.kehidupan Universiti memang social.jangan jadikan diri anda anti-social.tp jangan pulak anda terjebak dengan aktiviti social.seimbangkan.banyak berdoa.sembahyang jangan tinggal.kalau tinggal subuh tu pandai2 la qadha.aku pun salu ja overslept.nyenyenye.

Ok lah.itulah sahaja coretan di pagi hari raya yang mulia ini.derek over ja.ahh.lantok ler ni blog teman.selamat maju jaya diucapkan pada rakan2 FazreenAyen yang nak sambung belajor dah tu.tak kira dalam apa bidang.rezeki Allah nikmat Allah takkan dapat dihitung dengan apa cara sekali pun.ingat pesanan2 saya tadi tu ya.pesanan orang tua2 ja tuh.hehe.sampai jumpa kalian lagi.insyaAllah panjang umur.salam alaik :)



Post Pendek

2 Comments »

Assalamualaikum,HAI !

cantik tak blog ni? ehem.tau laa tak cantik.tp cakap je lah cantik.jaga hati.hehe.baru hias2 td.tak da idea dah nak buatpa.hmm.

Harini 21 Ogos 2013,Masih tak terlambat mengucapkan selamat hari raya,Maaf zahir dan batin lah.kita manusia,kadang2 menaip ni pun kita tak sedar kita buat dosa.jadi maafkanlah hamba ini.nampak tak tarikh tu ? haaaa.maknanya semalam 20 Ogos lah.jadi 20 Ogos ni ada pa? MERDEKA? RAYA ? bukan..tarikh 20 Ogos 1994 merupakan tarikh keramat lahirnya seorang putera bongsu dalam keluarga Hj Abu Bakar bersama Faridah Mahmud.haa.bufday ana ler.sapa2 yang belum wish lagi tu boleh lah berbuat demikian di twitter atau fb saya yer.hehe.batak wish.

Baru sudah tukar theme blog ja ni.takda apa nak cerita pun.just nak ucap selamat hari raya.Raya tu raya lah jugak.tp bukan maknanya kita lepas geram untuk bulan puasa haritu.kalau lepas geram kan dah jadi cam aku ni.bulat tak pasai ja.haih.jom lah.nak p exercise sat.jumpa lagi korang2 semua.tata


Sandiwara Cinta.COPY N PASTE

1 Comment »

Aku tahu ini semua tak adilAku tahu ini sudah terjadiMau bilang apa aku pun tak sanggupAir mata pun tak lagi mau menetes
Alasannya seringkali ku dengarAlasannya seringkali kau ucapKau dengannya seakan ku tak tahuSandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku
Jujurlah sayang aku tak mengapaBiar semua jelas telah berbedaJika nanti aku yang harus pergiKu terima walau sakit hati
Mungkin ini jalan yang engkau mauMungkin ini jalan yang kau inginkanKau dengannya seakan ku tak tahuSandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu
Jujurlah sayang aku tak mengapaBiar semua jelas telah berbedaJika nanti aku yang harus pergiKu terima walau sakit hati
Jujurlah sayang aku tak mengapaBiar semua jelas telah berbedaJika nanti aku yang harus pergiKu terima walau sakit hatiKu terima walau sakit hati

One Step Closer to become degree holder

No Comments »

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.semoga Allah merahmati kamu semua yang membaca blog ini :)

Hai uolls..sihat sihat belaka? haa.en fazreenayen cuti lama dah dari update2 blog ni haa.biasa lah penat nak menaip dan beberapa alasan yang lain.Secara amnya kerana sifat malas menguasai diri.haha.tak terlambat lagi kot nak ucap Selamat Berpuasa bagi seluruh kenalan Umat Islam.lagi 2 minggu kita raya yer.amacam baju raya? sudah ditempah? ke nak tunggu lelong malam raya baru nak gi beli.hehe.

Alhamdulillah.setelah sekian lama menanti, dapat lah jugak menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran di Uitm Shah Alam.


walaupun sedikit terkilan tak dapat sambung dalam ijazah undang2.tp apa bleh buat, dah rezeki ada di fakulti ini sahaja.tetap bersyukur.kalau ada rezeki dalam undang2 mungkin lepas ni UUM akan panggil untuk isi kekosongan di sana.insyaAllah.ramai kawan2 yang dekat pre-law dulu semua terlepas ke course ini.tak apalah,ada jugak la peluang masuk degree.ramai lagi kat luar sana tak dapat peluang sambung degree.

apa2 pun fazreenayen kat sini nak ucapkan selamat maju jaya pada semua kawan2 yang akan sambung degree tu.tak kira pa jua course yang dapat niat mesti betul.belajar dahulu.jumpa di shah alam nanti ya kawan2.insyaAllah.salam berpuasa.selamat hari raya.maaf zahir batin :)

saja nak post :') hayatilah ....

No Comments »


Right from the start
You were a thief
You stole my heart
And I, your willing victim


I let you see the parts of me
That weren’t all that pretty
And with every touch you fixed them

Now you’ve been talking in your sleep
Oh, oh, things you never say to me
Oh, oh, tell me that you’ve had enough
Of our love, our love


[*] Just give me a reason
Just a little bit’s enough
Just a second
We’re not broken just bent
And we can learn to love again

[**] It’s in the stars

It’s been written in the scars on our hearts
We’re not broken just bent
And we can learn to love again


I’m sorry I don’t understand
Where all of this is coming from
I thought that we were fine
(Oh, we had everything)

Your head is running wild again
My dear, we still have everythin’
And it’s all in your mind
(Yeah, but this is happenin’)

You’ve been havin’ real bad dreams
Oh, oh, you used to lie so close to me
Oh, oh, there’s nothing more than empty sheets
Between our love, our love
Oh, our love, our love


Just give me a reason
Just a little bit’s enough
Just a second
We’re not broken just bent
And we can learn to love again

I never stopped

You’re still written in the scars on my heart
You’re not broken just bent
And we can learn to love again

Oh, tear ducts and rust
I’ll fix it for us
We’re collecting dust


But our love’s enough

You’re holding it in
You’re pouring a drink
No, nothing is as bad as it seems
We’ll come clean


Repeat [*] & [**] Repeat [*] & [**]
Oh, oh, we can learn to love again
Oh, oh, we can learn to love again
Oh, oh, that we’re not broken just bent
And we can learn to love again


assalamualaikum cinta :)

No Comments »

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani :)

Assalamualaikum followers sekalian.dah lama dah tak mai dekat ruang lesung pipit nih.hehe.apa habaq semua? sihak2 belako? hmm.kalau tak ada topik best mmg tak laa nak mai update blog usang ni.Tajuk kat atas tu over ja.kali ni tajuk besar dia "FAMILY PMDS 2013" cukup besar tak? hehe

Ekceli banyak sangat nak cerita,tp kudrat tangan ni hanya mampu cerita setakat mana dia larat ja.hehe.one word for family PMDS "I LOVE UOLSS" hehe.buat adik2 yang baca blog nih.sebenarnya aye ni baru first time join pmds.dulu apply pon acah2 ikot kawan ja.tp atas pengaruh pm2 yang conduct mds kami dulu jugak.aku suka tengok bonding depa tuh.erat sangat.so,teringin sangat nak tau camna sebenarnya hidup seorang pm ni.tapi saya tak google "apa itu pm" nah.lalala~ kalau ada yang terasa maap.haha.hanya geng2 pm ja tau tu dialog sapa.hmm.

Hari pertama sampai dekat kolej, 26/5/2013... sorang2 kot drive dari alor setar.140km/h atas hiway.40 minit camtulah sampai laa dekat merbok :) p daftar bilik dekat pos pengawal then pilih bilik tingkat 1.arghhh ! padahal ada bilik bawah.kenapa bengongs sangat tataula.pastu p bilik tu,ketuk punya ketuk tadak orang.drive la keta balik sekali lg p polis bantuan tu tukar bilik amik bilik bawah.list nama dah full,tapi bila masuk bilik tadak orang pun,barang pun tadak.kehairanan seketika.hehe.takpalah.tak kisah pun.duduk semua.rehat2.pastu mlm tu keluar makan.SORANG2 hokay ~ ada laa dua tiga orang yang tegur dekat kolej.alhamdulillah.orang kenal la jugak aku ni.haha.bukan perasan.tp bersyukur even tak kenal pun depa2 yang tegur tuh.

tengah2 "seronok" duk sorang2 midnight tu tiba2 roomate bilik tu balik.alhamdulillah.tak tido sorang aku malam tuh.kenal2 dengan depa semua.rupanya semua berjawatan dan berilmu tinggi belaka.ehemm.geng serban lah katakan.azrul,din dan zuhair.perghh.kita ni yang tak teqa mana agama ni mula la tunduk malu.hmm.takpalah.dipendekkan cerita besok pagi tu ice-breaking simple dengan semua PM2.ada jgk taklimat oleh Pn.Liza,kaunselor.baik.hee.hari pertama dekat dalam family ni mmg nampak laa.pm senior dengan pm junior ada gaps.

Then,rupanya kami punya kursus dekat kuala nerang ja.ciss ! Uitm ni pon.kalau cakap awai2,tak penat laa aku nak drive dari loqstaq mai sp.takpalah.ke kursus naik bas.tempat dia Dusun Resort,Kuala Nerang.mula2 kami dimaklumkan tidur dalam khemah.nahai.bawak baju 2 3 lai ja.charger semua tinggal habes.sekali sampai dapat resort baik punya.4 orang sebilik.mmg perghh ah.panass jugak dgn Uitm ni.kursus tu dikendalikan oleh kaunselor pelatih Uitm.Miss Yana dan Miss Syira.segak oi...nasib baru ja menikah.hehe.spoting tak payah cakap.overall kursus memang tiptop.boleh angkat ibu jarilah kiranya.sebelum semua balik ada aktiviti menarik kami kat sana,
kena GOSOK GIGI menggunakan satu berus gigi.hahaha.kau adeR? ada bran? cewah.tp rupanya aktiviti tu yang mengeratkan kami semua sampai hari ini.thanks UKK ! :)


habis kursus dekat sana.sambung gerak kerja dekat Uitm Kedah semula.ohh.lupa nak bagitau.kami dah dibahagikan tugas masa dalam kursus.aku apply untuk jadi BIRO TEKNIKAL.sekali yang dapat,biro TCPP.omg omg.kerja berat berader.apa tu TCPP? Taklimat Ceramah Perasmian Penutup.got it? haa.dengar macam mudah.kerja dia adalah control mikrofon tu ja.kalau hampa tengok aku rajin sangat bercakap tu bukan sbb pa.terpaksa wat kerja tu.hehe.even ketua PM nak bercakap kena mintak kebenaran TCPP untuk guna mic.berkuasanya kami.haha.saya ada partner, dia senior saya. "Otai masih Berbisa" hehe.tagline letiu.kak musyi kesayangan ni la partner ceq..
 
 haaa.nampak tak muka dia.omey an an an.haha.tabiat buruk dia, dia salu layan aku macam anak menakan dia yang bernama ayen jugak tp pronouce iron.huh.kalau jumpa ja dia buat "ayen yen ayen yen ayen yennnnn~ " dengan gaya tersendiri.hahaha.kakak yang baik ni.dia banyak tunjuk ajar apa nak buat.

oh then kami buat kerja macam biasa sepanjang minggu destini siswa tu berlansung.kerja aku pegang mic je lah.entertain semua adik2 kesayangan ni.walaupun ada 2 3 orang yang tak adik pun.sama umur ada.tua lagi pun ada.hehe.tapi kita ikot major lah.semua adik2.tarian Tommy wajib,gemuruh kasi semangat,Break jangan ingat bleh terlepas.cuma sem ni ada tarian Ikat tali kasut~ haha.enjoy sungguh adik2 buat.hmm.we are trying to make uolls feel enjoy.tiap2 malam lepas semua student dah tido semua PM2 akan ada post mortem.so ini hal keluarga.tak boleh nak sebut dekat sini.dalam post mortem tu lah nak marah,nak gelak,nak nanges.nak semua lah.jadi pm untuk tau selanjutnya.hehe.memang best sangat.

dah habes MDS semua aku rasa sangat2 lah bersyukur.dapat tambah kawan.even adik2 mds ni pun boleh jadi kawan.kawan2 pm lagi.kawan2 MPP.rapat dengan staf.kawan2 JPK.kenal ramai orang ternama.yaa.sangat bertuah.pendek kata,seribu pengalaman boleh dicari dalam family PMDS.so dekat merbok aku dah ada dua family.FAMILY PRE-LAWRIANS dan jugak FAMILY PMDS.love uoollsss guyss..friend for eva.no lupa lupa.hehe.sampai ketemu lagi.last word, gonna to mishh u olss much much.bye.salam alaik :')




OST Teduhan Kasih :')

No Comments »

Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku


Sekolah Menengah Sains Agama Pokok Sena

No Comments »

alhamdulillah.diri ini masih lagi sihat2 sahaja.Allah bagi makin sihat.bersyukur.makin bulat.even hati tak lah selalu happy.tapi tetap bersyukur masih diberi ruang2 untuk aku happy.

tiba2 menjelma pulaks mood nak betyping dekat ruangan "si lesung pipit" yang comel ni.

Pendek kata,perkataan bersyukur tu tak patut dilupakan oleh setiap insan especially umat Islam.sebab Allah sendiri dah pun berjanji ngn kita kan.


“Barangiapa mensyukuri nikmat-Ku, maka akan Ku tambahkan nikmat baginya. Dan barangsiapa kufur terhadap nikmatKu, sesungguhnya adzab-Ku amat pedih.” 
(Q.S. Ibrahim : 7)

so,bersyukurlah dengan segala nikmat yang ada sekarang.yang dah pergi tu biarkan dia pergi.yang penting nikmat sedia ada ni jangan kita pertikaikan atau kufur dengannya.
Ekceli nak cerita benda lain.tengok tajuk post pon nama sekolah dah lain.ahaks.ada agama pulak.phuih.cerita dia dulu first time aku masuk Saina ni aku diperkenalkan dengan orang2 yang bergelar "BADRI" singkatan kepada Badan Dakwah Rohani & Ibadah.Mati2 aku ingat mamat2 yang dok cakap kat depan tu nama badri.ciss.tunduk malu aku.

Mulanya.semua sedia maklum lah.anak bongsu anak kesayangan mana yang nak duduk asrama cik oi.choii ! bukan manja nah.sehari dua masuk form 1 tu memang lah mengaku.sunyi plus bosan tahap.homesick nih takpayah cerita lah.tiap2 hari kol.lama2 sikit 2 3 hari baru kol.lagi lama seminggu sekali.naik form five, tak dak duit baru kol.hahahaha.kejam gila.nak cakap kat sini bersyukur sangat jadi anak kelahiran SBP,lagi2 pulak SAINA tu.tapi yang dulu lah.yang sekarang tak lagi macam dulu.rohani nya tak sebersih dulu lagi.dulu orang nak ikot aktiviti rohani yang badri ni buat.tapi sekarang tak lagi.budak2 dah susah nak ikot.badri pun dah mati akai nak dakwah dgn cara macam mana lagi.

Tapi masa form 1 dulu memang aku respect abang2 senior yang berjaya ubah aku jadi manusia.memanglah semuanya bermula dari diri sendiri.Allah sinarkan hidayah dalam hati bila kita berusaha sendiri untuk cari hidayah tu.kalau tak cari.mana ada hidayah terbang sendiri.Tapi, kalau tak kerana wujudnya peraturan dan aktiviti2 yang berjalan smooth dekat Saina tu.tak mungkin aku terbuka hati nak jadi manusia.So,cerita dia dulu memang aku jarang lah solat.tapi sejak 5 tahun dekat sekolah bertuah tu.aku dah tau jaga solat sedikit sebanyak ilmu agama.tapi tak lah sehebat ustaz2 tu.sikit2 jah.Iman pun tak kukuh mana lagi.tp takat nak bela anak dara orang tu ok ja.ehek.gatai piang.haa.tu yang letak tajuk post nama sekolah plus agama tu.huhu.memang terbaik lah saina zaman dulu2.aku percaya.bukan Saina ja macam ni.banyak jugak SBP lain dan sekolah2 asrama lain yang buat benda yang sama.cuma nak ikot dengan taknak ja.bukan cakap sekolah harian tak bagus.tapi bila dekat asrama ni pengaruh rakan lebih kuat.aku mengaku.mula2 sembahyang mmg tak ikhlas pun.buat sebab tu peraturan dan sebab malu dekat kawan.tapi lama2.cuba ikhlas kan hati.Kita Islam.Dia bagi dunia ni pinjam ja.bukan mai dunia nak happy go lucky.Allah suruh kita beribadat dekat dia.

sama-sama lah kita muhasabah diri.kalau ada solat yang tertinggal tu.kalau ingat cepat2 lah qadha.diri ini pun tak sempurna mana.sama2 lah kita saling memperingati.

thanks Allah.thanks friend.thanks mak & abah.thanks everyone.




Debaran

No Comments »

assalamualaikum world.apa habaq?? kalau aku menaip ni maknanya aku teramat bosan dan inilah pilihan terakhir aku bila dah terlampau bosan.haha.tadi tengah scroll blog janda saya.haha.banyak betul post gambar aku dalam tu.wah wah.bahagia jgk kami dulu ya.hahaha.ok.ini iklan semata mata.

hmm.sekarang ni dekat office lah.boss tak mai bagi keja lagi.satgi ada lah tu.tumpang tengah freee ni.baik wat keja aku dulu.lama laa jugak tak update blog nih.

seperti yang semua sedia maklum.aku baru saja habis belajar dekat foundation Uitm tuh.so, sekarang tengah bertungkus lumus mencari lubang2 Universiti yang boleh masuk.bukan tak yakin dengan Uitm tapi tengok harapan mak abah aku nak sangat anak bongsu depa ni jadi lawyer.alahaii.aku lemah sikit bab2 mak bapak ni.kalau nak ikotkan minat,dah lama aku amik IT tu.memang bisnes besar lah jawabnye.takpa.rezeki ada di mana2 ja.
haa.kalau hafal doa ni dan amalkan tiap2 kali lepas solat.insyaAllah ada rezeki di mana2.sekarang ni kalau nak sambung law di Universiti awam pilihan terakhir adalah UUM je lah.abah pun tengah usaha tu nak masukkan anak dia ni dalam course law jugak.kalau laa kami berduit.dah lama aku mintak abah aku hantar pi Brickfield law school tu.perghh.memang heaven kat situ.cuti pun tak balik dah.haha.kalau ditakdirkan dapat UUM tu pun dah cukup bersyukur.cuma sedikit terkilan sebab dah jadi anak kedah tulen betul2 pure kedah.dari tadika sampai lah ke Universiti aku hidup dalam kedah ja.alahai.tak mencabar lansung.paling jauh pun Uitm Merbok tu lah.haha.its okay.belajar dulu.mana nak tau dapat jodoh orang jauh2 nanti.hehehe.insyaAllah.kalau orang changloon gak taktau nak kata apa dah.nasib badan lah kan.hmm.harap2 nya tidak.
bagi kawan2 yang dah lepas MUET lepas Result tu.bersyukurlah yer.dapat jugak belajar law di Uitm tu.sebab tak rugi belajar Uitm ni.law dia dah memang stable.keluar2 nanti pon senang ja orang nak amik bekerja.kena laa sungguh2 belajar tu yaa kawan-kawan.
selagi tak dapat semua keputusan dapat Universiti mana.selagi tu lah hati ni berdebar debar.once dah dapat senang sikit nak plan pun.hmm.kita hanya boleh redha dan tawakkal ja padaNya.semoga Dia dah tentukan yang terbaik untuk kita. Tak lupa jugak pada semua geng2 matriks.harap hampa semua tak silap buat pilihan na.silap pilih takut nanti nak kena patah balik.orang dah anak 2 hampa baru nak gred ijazah.haha.pelan2 kayuh takpa.jangan gopoh gapah.pilih tu ikut minat sama.jangan main syok pilih ja yer.




Rojak ☺

No Comments »

hello everyone.tiba2 dapat hidayah malam ni nak update blog pulak.actually blog ni dah tak privacy.nak luahkan rasa semua dekat blog satu lagi.yang tu private and confidential lah.

tengok blogger asasian lain,mentang2 dah cuti taktau nak buatpa keja mengupdate blog ja.rajin betul hampa nah.aku ni jenis malas sikit.idea pon tak banyak nak melalut kat makcik blog ni.tak ada story best pon.just nak kongsi apa masalah hati ni tak berapa tenang.

HATI TAK TENANG bukan masalah luar biasa.semua orang dah biasa melaluinya.tapi ntahlah.rasa macam pedih + sakit.hmm.rasa menyesal campur rasa geram campur rasa muhasabah campur macam2 rasa lagi lah.haih.kenapa dengan perasaan ni ya.nak kata pasal awek.awek pon dah lari p mana dah.hmm.

alang2 dah update blog nih.cerita lah sekali.ramai jugak dok tanya "Cuti buat apa cuti buat apa" i'm manager besar dekat M.Fairuz&Partners tu lani tau.haha.Tak lah.memain ja.office boy dekat situ.kadang2 buat keja lawyer.kadang2 buat keja psychology consultant my dad tu.fax2 surat pergi kat sekolah2.then keluarkan invoice.buat resit guaman.edit2 slide powerpoint.boleh laa sikit2 tolong syarikat tu.bukan orang lain punya.family sendiri jugak.abah pon bayar gaji minggu.berapa tu takyah laa tanya.hehe.

sambil keja office boy tu, aku buat part time jual keta.tolong abang aku.dia jual BMW e36.kalau taktau pegi google.hehe.aku jual Mercedes c200 model lama.haa.kereta2 ni jual murah2 je.kalau minat boleh la gi tengok dekat mudah.my tu.ada iklan kami.alaa.tolong2 orang terdesak nak pakai kereta.harga memang boleh bincang laa.yelaa kan.orang nak bayar cash.takkan la nak letak tinggi2.ingat jugak kemampuan orang lain tu.kalau ada sedara mara nak beli kereta BMW or MERC boleh la tolong rekemen kan.Kereta bukan jenis masalah punya lah.memang terbaik.aku tengok sendiri pon macam nak pakai ja.tapi apakan daya.bos besar suruh jual.sobss

Tu lah ceritanya.kerja2 yang aku buat masa cuti.Ingat nak gi workout buat badan ni balik.adehh.tapi balik office dah pukul 5.takdak masa.memang boroi begini lah jawabnya.hehe.kadang2 kalau rajin sikit main la jugak kayuh basikal eksesais dalam rumah ni.longgar la sikit otot2 tuh.hmm.

Ceria?? err.nak cakap pasal ceria ni,sapa yang taknak kehidupan ceria kan.dulu aku ada orang yang menceriakan.tapi tak kekal lama.dia bukan rezeki kekal yang Allah bagi.so dengan kehidupan sekarang,aku just ceriakan diri aku.takpa.aku still ada kawan2 and family.nak lupakan tu memang lah susahkan.kadang2 memang teringat.jujur cakap semua kenangan tak padam lagi.tunggu ada pengganti kot baru nak lupa.tapi setakat ni tak terbuka lagi hati nak terima sapa2.lagi pon ada ka yang nak tu.susah nak tackle perempuan2 sekarang ni.eksyen betul.haha.tak lah.joking ja.jangan marah haa.kalau Allah dah tulis aku ada jodoh dgn sesiapa.maka adalah nanti.sekarang ni masanya aku cari peluang2 kumpul harta dunia dulu.fuhh.hidup kena diteruskan.apa jua cabaran tu biasa lah.tempuh dengan penuh tabah.insyaAllah Dia bantu nanti.

Panjang lebar betul post kali ni.udah2 ler tu.lain kali bersua lagi ya.sampai jumpa.jaga diri.doakan kejayaan aku dunia akhirat.insyaAllah. :)

link bmw untuk dijual:
http://www.mudah.my/BMW+320i+A+VERY+SPORTY+M3+BODYKID-21336748.htm
dan 
http://www.mudah.my/BMW+328i+A+SPORTY+WITH+MOONROOF-21316701.htm

link mercedes untuk dijual:
http://www.mudah.my/Mercedes+Benz+C200+A+sporty-21316245.htm


Selamat Berbahagia

No Comments »

post seterusnya.luahan hati seorang hamba Allah yang sedang sentap abadi.haha

ASSALAMUALAIKUM...
actually sahabat boleh di define dalam macam2 cara dan ada macam2 jenis sahabat dalam dunia ni.hmm.tadi kat twitter ada perang lah sikit dengan seorang hamba Allah ni.maybe dia pernah jadi milik aku buat sementara waktu dulu.tapi tak sekarang.aku pon tak lah nak mengharap dapatkan dia balik.sebab dia dah pon bahagia dengan lelaki pilihan dia.so.ok fine lah.teruskan hidup.tapi bila tak perlu kita provoke orang yang penah sayangkan kita dengan ayat2 yang menyakitkan hati.semua orang ada perasaan masing2

even kalau kita tweet lyrics pon.dan lyrics tu ada menyentuh soal yang sensitif.benda tu tetap boleh rosakkan perhubungan.ya.aku faham dia takkan balik ke aku.dan aku tak pernah mintak pon dia balik plus takdak pon harap dia balik.tak pernah tunggu pon.aku tengah dalam proses nak lupakan dia.sebab dia dah jadi milik orang lain.aku takmau kacau langsung relationship depa tuh.tapi apa masalah dia sampai nak sakitkan hati aku dengan ayat " i'll never ever ever ever be with you again" ???? aku nak sangat kah? haha.ni semua tak bermaksud aku benci dia.aku jarang benci orang.even dia buat camni dulu pon maybe aku benci sat.tapi sampai bila kan.kita manusia.semua nak berjumpa jugak nanti dekat padang mahsyar.tak perlu nak benci2 bagai.cukup lah kalau kita tau jaga hati orang lain atas muka bumi Nya ini.semua orang ada stress masing2 .tp kena jugak control.aku banyak bersabar dengan dia.takkan sampai aku dah jadi kawan dia ni pon nak kena tahan sabaq dengan dia lagi.tolonglah faham kan? tak pa.aku tak kan benci dia pon.just rilex.jangan ulang lagi.takmau kawan ngn aku dah pon takpa aih.jaga lah cik abang tu baik2 yaaa..

dan aku nak state clearly lah yang kat sini aku tak mengharap pon kat hang.dan jangan lah anggap aku pon nak berbalik.tak kot.kalau dah ditentukan benda tu dekat lomahfus.tak dapat nak buat apa.luar bidang kuasa aku.jagalah hati orang lain.nescaya Allah jaga hati kamu nanti.insyaAllah.try to be your friend.try to hear what ever your probs.but your attitude make me think twice to do that again.sorry friend.hope kamu bahagia dengan pasangan kamu tu.i had try.and i give up.thanks for the great time dan segala pengajaran dan memori.aku tak pernah putuskan persahabatan.feel free to contact me.but my expectation towards you maybe a little bit changed.

bila kita dah tak bersama.makin banyak perbezaan muncul.baru kita nampak kenapa Allah takdirkan kita tak bersama.Allah tu perancang yang baik.biarlah dia yang tentukan hidup aku.i'm disturbance right? so okay.thats all lah untuk malam ni.semoga hidup kita sentiasa disinari kebahagiaan.insyaAllah.pray for my happiness.wssalam :')


Dah nak graduate !

No Comments »

salam alaik.salam sejahtera.selamat pagi ! selamat malam ! selamat tengah hari !

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MENGASIHANI

apa khabar.ish3.banyak betul labah2 kat blog ni.bersawang.hehe.bukan apa,takdak masa nak update dah sekarang.haritu cik najwa syazwani pon ada tegur pasal blog ni dah tak ber update.ada jugak yang concern noh.thanks

Tak ada story best pon.just cuma terfikir.dunia sekarang ni cepat betul masa berlalu.Macam baru ja rasa amik result SPM tuh.tiba2 sekarang dah pon nak final Exam dalam Final Semester aku dekat Uitm Kedah.InsyaAllah.kalau ada rezeki daripadaNya.dapat lah sambung dalam course Undang-undang.Kalau tak dapat pon tetap bersyukur sebab dah dapat masuk Degreee :) 

Hari ini dah start Study week untuk semua budak2 Uitm.Tak kisah lah diploma ka pra ka asasi ka matrik ka.rasanya semua dah ready untuk hadapi Final Exam yang agak scary tu.hehe.Subjek Sem ni agak tough2 lah.Tak target banyak untuk semester ini.cukup lah kalau boleh dapat maintain pointer sem lepas.dah bersyukur sangat.untuk subjek2 pure law macam law 2 , law 3 rasanya macam boleh lah nak score.subjek lain tu macam berat sikit.macam PSYCHO,GLOBAL.urghhh..sakit sikit lah teqa nak hafal semua fact2 dia tu.haha.Eco pulak tak kena dengan jiwa.cuma haritu nasib baik sikit dapat FULL mark untuk QUIZ 20/20.woot woot.sedikit riak di situ.haha.takda lah.suprise woi.

Kalau dah update blog ni maknanya aku kat rumah laa kan.kalau nak update kat sana tu memang tak lah.siput babi tu laju lagi dari internet dia.hehe.btw,segala kenagan pahit manis dekat Uitm tu akan sentiasa tersemat dalam hati ni.kawan kawan kat sana sangat awesome.best sangat dapat kenal dengan depa.semua classmate pon spoting2.roomate2 pon best.walaupun roomate sem 1 agak passive.tapi untuk Sem 2 memang super duper active.haha.Final exam just around the corner.so guys.please pray for Us.semoga dengan kejayaan kami hari ini dapat bantu anda semua di masa hadapan.

* kepada adik2 baru abes SPM tu nak apply law silakan.sangat enjoy belajar law *
 (sesuai untuk mereka yang tak minat kira2 walaupun ada eco sikit,tambah tolak ja)


MIMPI YANG PULANG

No Comments »

Mimpi Yang Pulang

by Iklim

Sumpah yang mana
Yang dapat merebut seri
Kalung cintamu


Jurang yang mana
Yang mampu memisahkan
Rasa setiaku


Takkan ke mana seandai di mulut
Kau tak sepenuh hati

Lidah siapa

Yang manis bermadu dulu
Mungukir janji

Wajah siapa

Berbayang seribu rupa
Meragut kalbu

Tak ke mana seandai di hati
Bertakhta palsu ragu tak henti

Moga jadi pengalaman

Dan pengajaran antara kita
Tidak menjadi dendam aku takkan muram
Oh kerananya...


Pedih ku buang mimpi pun pulang
Bersama engkau yang telah hilang

Dunia yang mana
Dapat kau sembunyi diri lari dari ku


Alam yang mana dapat menyisihkannya
Benar kasihku

Pasti nanti engkau merasai
Jangan tangisi
Cinta yang pergi

sudah terang lagi bersuluh

2 Comments »

assalamualaikum.bismillahirrahmanirrahim.segala puji Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.



HAI followers2 sekalian.thanks untuk sudi baca post kali ni.macam biasa la.sampai rumah ja mesti kena ada jugak post untuk blog yang tak berapa nak blog sangat ni.ekcelli,sekarang ni tengah Cuti Cina Raya.tudia.broken BM.maklumlaa dulu tak suka cikgu BM.haha.

mari mula dengan lirik lagu ni.best jugak.150 juta.dulu by fynn jamal.sekarang dah ainan tasnim beli plak. 

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan aku soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”


haaa.saja cut off untuk part first tu ja.banyak dah sangat soalan macam atas tu.haha.speechless taktau nak jawab apa weh.perasaan bukan benda boleh diatur boleh dibuang boleh diambik sesuka hati.segalanya telah ditentukan oleh yang Maha Kuasa,Allah s.w..t.apa jua takdir pada kita.terimalah dengan hati yang terbuka.mungkin kadang2 tak semua ujian yang diberikan tu tak semudah yang disangka.tapi ingat.Allah dah janji tak akan bagi hambaNya ujian yang mereka tak mampu hadapi.insyaAllah setiap perkara yang berlaku tu pasti ada hikmahnya


berbalik pada lirik atas tu.dah ramai sangat tanya benda yang sama.so bagi aku,walaupun pada awalnya hati memang lah tak rela kan.tapi lama kelamaan,bila kaji dan temenung fikir pasal ni macam no solution.prinsip aku mudah ja.orang sayang aku,aku sayang dia.

insyaAllah.aku dah hampir sepenuhnya buang perasaan yang pernah Allah singgahkan kat hati aku.mungkin dia dah ambik kebahagiaan yang sementara tu untuk ganti dengan kebahagiaan yang tetap nanti.Si dia pon dah bahagia dengan orang yang aku sendiri kenal.dan aku redha semua ni.no gaduh gaduh.ramai dok cakap "get a life get a life" so rasa inspiring dengan kata2 tu.aku terima dengan dada yang terbuka.mungkin ramai tanya kenapa still contact.haha.soalan best.hey,aku tak musuh dengan sapa2.semua aku kawan.mungkin bagi hampa,lepas clash dah tak kawan.aku mengaku,dulu aku amalkan prinsip ni jugak.tapi bila fikir pros berbanding cons nya aku tekad nak berkawan walau apa yang berlaku.takut jugak main putus2 silaturahim ni.besar dosanya.hmm.

Masing2 dah dengan kehidupan masing2.tak ada apa yang lagi yang perlu diharapkan.walaupun aku masih belum bersedia nak ada pengganti n mungkin takkan ada lagi buat masa ni.aku tetap bahagia dengan family n kawan2 aku.thanks a lot kawan2 yang salu prihatin pasal aku tu.kadang2 memang annoying pon.tapi kadang2 ja kan? hehe.kepada pembenci pembenci fazreen.hampa bebas nak benci.tak dihalang.aku tak benci pon hampa.chill ja.kalau nak berkawan boleh ja.no hal lah.aku sempoi ja dengan semua.

apa yang aku nak bagitau kat sini.kalau hampa bahagia.make sure jaga kebahagiaan tu elok2.jangan sampai Dia tarik balik nikmat yang dia bagi tu.konklusinya,antara aku dan dia dah takdak apa2.aku dah korbankan perasaan aku.dan dia dah bahagia dengan orang yang selayaknya membahagiakan.jangan tanya lagi yer.dah habes dah.nanti ada cerita baru,aku takan lupa aih kawan2 yang salu amik berat sal aku tu.thanks a lot ya korang2 semua.i love u.bye :)


segalanya bermula dengan "KALAU"

5 Comments »

assalamualaikum 

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM
amboi greeting arab kita lani noh.hehe.apa khabar ? ni first time update blog dekat kolej.atas katil sendiri pulak tu.fuhh.tarikh bersejarah ni.


Story apa yang hot hot sekarang ni yaa ?? hmm.Semua macam hangat bersembang pasal nak kemana lepas asasi undang-undang ni.Pertamanya,Alhamdulillah lah.sedar tak sedar tinggal 2 bulan ja lagi nak habiskan asasi undang-undang kat UiTM kedah ni.Tapi apa yang sedang dalam dilema ni kat mana nak sambung.

Semua bergantung pada CGPA dan MUET.peluang pertama MUET hari tu dah di sia sia kan.tapi tetap bersyukur dengan result BAND 3 tu.bukan semua boleh dapat.tapi disebabkan terikat dengan syarat nak futher ke FUU Uitm Shah Alam untuk degree,so kena la jugak berharap dengan BAND 4 tu.dilema seyy...KALAU LA dapat band 4 haritu kan..Parents dah hebah satu kampung dah yang anak bongsu depa ni belajar law.kalau tak dapat sambung degree,hmm hampa mesti faham kan rasa macam mana.haihhh.orang tua2 ni lah orang paling excited dan bangga dengan kerjaya or profession anak depa.

Mengenai pointer tu tak risau sangat.insyaAllah boleh untuk skor 3.0 ke atas.tapi bab MUET ni yang taktau nak skor macam mana dah.hmm.haritu mungkin tak ada rezeki lagi.Pendaftaran penerapan untuk degree dah dibuka dari 14hb-31hb MAC ni.tapi tu lah.tak tau nak isi apa dulu.dah sah2 Degree Undang-Undang tak leh nak letak pilihan pertama.so pilihan sekarang antara:

> PENGAJIAN KORPORAT
>PENGAJIAN BAHASA MELAYU
>IJAZAH PENTADBIRAN AWAM
>IJAZAH MASKOM (mass communication) - jadi artis gitu~

bidang2 yang lain tu ada jugak macam perhotelan,business.tapi macam tak kena gaya ja.so,bidang2 atas tu ja yang nampak ada masa depan dan professional sikit.Nak sambung degree law boleh ja lepas repeat Muet bulan FEB ni.tapi kena buat rayuan lah lepas tu.kalau dapat BAND 4,memang aku tulis surat terus ke DEKAN FUU shah alam.kemaruk dah nak jadi lawyer ni.hoho.KALAU LA syarat dia BAND 3.tak tunggu pa dah.beli PIN isi terus.haihh.


Tengok kawan-kawan yang dah dapat Band 4 fokus ja dalam kelas sebab dah tau nak belajar lagi time degree tu.wuu.untunglaaa..Ikmal pon rileks ja.mentang2 la si ehem2 pon dapat band 4.sama2 laa hampa noh.hehe.KALAU LA aku usaha lebih sikit haritu.hmm.For Azwar,maybe dia nak masuk swasta.tahlah kat dia.kadang2 tak faham dengan cara dia tu.buat rileks buleh.orang amek muet dia tak amek.haha.tak pa tak pa.rezeki ada tu nanti.apa apa pon kena study hard dan takmau smart smart dah.nak hard ja untuk skor dalam MUET.nak jadi lawyer.


kalau ikot cakap abah. " jangan bercinta lagi.hang belajar rajin2,keja besar2,pakai mahai2,nanti depa cari hang" KALAU LA benda ni betul jadi.harapnya begitu la ya.kepada si dia.belajar lah rajin2.peluang untuk bebudak STPM lagi cerah.awak tu pandai.huhu.semoga bertemu kebahagiaan dalam hidup tu yer.sempat lagi nak selit dedikasi pulak kat sini.cukup cukup sudah.cukup sampai di sini saja.jumpa lagi di post akan datang.UITM SHAH ALAM.I'm COMING ! 

chow chin how.assalamualaikum.