Archive for 2014

Hati Aku

2 Comments »

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Hai..
Alhamdulillah 4 Februari 2014 masih lagi diberi nikmat hidup.nikmat nafas.syukur.
Kenapa dengan hati? Anda semua ada hati kan? buah hati ada? kalau takda boleh cepat cepat cari.haha
Hati bukan tuk disakiti kata Judika dalam lagunya.Hazama pun ada jugak cakap dalam lagu ku relakan jiwa.Bukan nak cakap pasal lagu sekarang.hehe.

Sebenarnya setiap manusia setiap makhluk Allah diciptakan hati dalam dirinya.even binatang pun ada hati.Kalau kita pernah belek belek surah Yassin tu pun ada tulis hadis belakang tu "hati Al-Quran adalah surah Yassin".Bagi manusia, hati adalah satu organ penting yang mengawal emosi perasaan dan bertindak sebagai agen dalam menentukan sesuatu tindakan selain daripada akal.Sebab tulah mana mana manusia cukup tak suka kalau hati mereka terguris.

Secara peribadi.aku sendiri tak suka bila orang sakitkan hati.Tapi aku tak suka tunjuk yang aku tersakiti.Aku tak suka orang rasa bersalah.Bak kata Mat Lutfi dalam video nya janganlah jadi "BOB" a.k.a "Buat Orang Bersalah".Pada aku,ni hati aku,biarlah aku redakan dengan sendiri.maybe cara anda lain.Tapi bagi aku, orang sakitkan hati aku kalau mampu tegur aku tegur.Kalau tak mampu aku diamkan.pendamkan dan redakan dengan sendiri..sebab tu hati aku.aku tahu mengawalnya.lagi lagi kalau orang tersayang yang sakitkan.Siapa ja yang nak bergaduh dalam relationship.Aku biarkan dulu.nampak macam bodoh.Tapi aku benci gaduh.Mungkin akan tiba masa dia akan sedar apa yang dia buat.

Cara tenteramkan hati? Maybe bagi yang dah biasa tenteram kan hati dengan kerohanian boleh jugak.Aku ni malas sikit.Terus terang cakap Al-Quran jarang sekali nak baca.Malam jumaat ja dengan yassin.Tu pun kalau rajin baru buat.Maybe ada sesetengah orang ada persamaan dengan aku.bila hati sakit,dada akan turut sakit kan? Selalunya bila aku rasa macam tu aku pergi toilet aku ambik wudhuk tak pun aku baring,kosongkan otak.maybe lepas tu akan mula reda sikit2.Jaranglah aku bagi tahu orang yang aku tengah sakit hati.Lagipun malas nak bebankan sesiapa dengan aduan aduan.Depa tu pun bukan talian khidmat pelanggan asyik nak dengar aduan luahan segala bagai.Paling tidak aku lepaskan dekat twitter.Tapi sekarang aku malas.sebab terlalu banyak mata memandang.Kalau memandang saja takpa.Tapi mulut pun turut serta bercakap pasal kita.Tulis dekat blog ni pun entah berapa orang nak bercakap belakang.Hakikat dunia, kawan bila depan mata.belakang kita? hmm.Tuhan saja yang tau.Biarlah kan..belakang hari ada jugak akibatnya.

Cara aku.kalau aku sakit hati harini.besok tu selalunya dah okay.hampa pulak macam mana? Tak sukalah nak panjang2 kan cerita.masam2 muka.tak best.hidup macam tak selamat ja buat macam tu.nak happy happy dengan semua orang kalau boleh.Tapi kalau nak terasa tu apa boleh buat.Bukan aku yang mintak.Kadang2 orang tu pun bukan ada niat nak bagi terasa kita pun.Terrrrrrr..Sayang sangat kalau sebabkan kita terkecil hati dan susah memaafkan tetiba hubungan kita dengan orang tu retak.padahal benda kecik ja maybe.Bagi aku aku fikir positif dulu dari negatif.mungkin bukan sekali dia buat macam tu tapi apa salahnya kan kalau kita maafkan dia dulu even bukan serta merta kita maafkan tapi at least lepas tu janganlah berdendam or what not.Tapi kalau nak bagi pengajaran dulu pun okay jugak.biar dia sedor sikit yang dia salah.hehe

Mudah memaafkan orang sifat aku.Lagi lagi kalau orang yang aku sayang.mudah sangat.taktau kenapa.Kalau orang tu buat salah macam mana pun senang ja maafkan.Maybe aku lebih sayangkan relationship tu daripada nak bergaduh sampai ke tua.Yelah nama pun sayang kan.Tak mengharap apa2 balasan.Just,nanti kalau aku ada buat silap dengan orang tu nanti,dia pun akan memaafkan aku semudah macam mana aku maafkan dia.Hidup atas dunia ni nak lari mana.pusing p pusing mai jumpa orang tu jugak.Jadi lembutkanlah hati tu untuk maafkanlah silap orang.Dah jadi tabiat sekarang ni before tidur kena maafkan salah semua orang.InsyaAllah tenanglah hati tu.

Just perkongsian cara hidup aku ja.tak suka jangan baca yer.leave your comment kalau ada apa2 teguran cadangan bantahan untuk kebaikan bersama.selamat malam.assalamualaikum.salam sejahtera :)

lastly,even lagu takda kena mengena dengan tajuk.aku nak bagi hampa dengar.best lagu ni.layan lentok dan ambil pengajaran.kbyee








CUTI SEM SATU 2014

2 Comments »

hai hye hai hye !

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani.

Assalamualaikum
Terima kasih sudi singgah baca walaupun dah berabuk berdebu tapi header masih macho di situ.hehe

Bukan kerana malas bukan kerana asyik dengan study tapi kerana ketandusan idea nak menulis tentang apa.memandangkan dekat rumah pun dah dekat 3 minggu sempena CUTI SEMESTER maka timbullah idea nak cerita tentang cuti semester yang sedikit hambar ni.


Aku percaya students2 yang baru masuk degree ataupun dah lama masuk degree kebanyakan sekarang ni sedang cuti raya hindu lah.hehe.cuti tu cuti jugak,jangan duk seronok sangat merempit sana sini nanti tak pasai ja masuk sem baru tulang hilang lah gigi patah lah muka calar sana sini.Hati hati lah kat memana pun yer.

Takda apa sangat nak story pun,kita santai santai dah laa.Jangan tanya aku buatpa cuti ni.Yang aku tau,cuti ni masa aku nak spend masa dengan family n kawan kawan yang dah lama tak jumpa.Khabarnya budak2 Uitm Merbok nak gather2 bulan Februari ni.harapnya plan tu menjadi lah.Rindu pulak kat budak2 tu.Ada yang kena pindah Seremban 3.Dengar cerita dapat rumah pun ribu2 kena bayor.sabor je la yop,menuntut ilmu punya pasal kan.Pengalaman semua tu.hehe.Kalau nak jeles dengan aku tu memang patutlah sebab aku macam mana pun kena duduk kolej.Lagi best dapat Kolej Proton tu.heaven bak hang.yuran bayar setahun sekali ja.hehe.Ayat promote UUM jugak la sedikit sebanyak.mai apply mai.Tapi jangan laa banding yuran UUM dengan Yuran UiTM.memang jauh panggang dari api.UUM sedikit mahal lah.Maklumlah U ni kearah mewujudkan universiti pengurusan termasyur.gitewwww.haha.

Perjalanan aku sepanjang satu sem dekat sana quite good.Dah mula serasi dengan law.Sem 1 ni subject pun tak lah hard sangat.Tapi tu pun tercungap cungap masa final.banyak benda nak kena hafal.Nama pun law,tak hafal bukan Law lah namanya.In syaa Allah kalau ada rezeki result tu elok lah.Tapi tak berapa confident sangat,berserah je lah macam mana pun.Dengan malas dengan jawab cincai2.hmm.harapan ja lah..Sem 2 mula kena usaha lebih sikit.banyak jugak subject yang hardcore even bukan subject law.Doa doakan lah aku berjaya grad on time.takut bak hang kalau kena repeat.Mau kena panahan leteran ibuk sama bapak aku.perghh hampa taktau dia punya pedih leteran dan tomahan tu.haha


Gosip? apa yang nak digosipkan sangat pasal aku.Takda apa pun aih.amboi depa sembang sampai satu shah alam tau aih.rileks rileks dulu.Kalau dah official kita akan umum.jangan risau aih.kad kenduri kita kirim bagi.haha.Sekarang ni nak focus belajar dulu.Bagi yang dah dengar cerita tu simpan2 lah kejap yer.Takmau lah heboh2 dulu bukan apa takut tak jadi ja.masing2 jauh an.Cuti Sem pun dah menguji sedikit sebanyak.Kalau ada jodoh In Sya Allah tak lupa aih dekat kawan2.Doa doakan lah yer.Hampa hampa yang dah bahagia tu aku ucapkan tahniah lah.jaga pasangan hampa baik2 ya.Biasa lah dalam bercinta ni ada pasang surut jugak.kadang2 berangin kadang2 mendung.semua tu biasa.tinggal diri tu ja pandai adapt atau tak.So aku pun tak pandai dalam relationship,tp experience taught me a lot.Bagi rakan rakan perempuan, aku nasihatkan cubalah setia cubalah ubah perangai.Lelaki memang nak serious dalam relationship.Buat sampai lelaki tu rasa memang dia dah jumpa calon isteri dia bukan girlfriend semata semata.To be fair,wahai sahabat sahabat lelaki,perempuan ni lembut.Jangan garang sangat sampai kadang2 tertinggi suara lah apa lah.Jangan terlampau mengongkong tapi jangan terlampau berlembut.Memang fitrah hormat sesama jantina tu dah lama wujud.pandai pandailah

Sampai jumpa lagi nanti.Selamat Bercuti.Have a bless holiday.salam