Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Hai..
Alhamdulillah 4 Februari 2014 masih lagi diberi nikmat hidup.nikmat nafas.syukur.
Kenapa dengan hati? Anda semua ada hati kan? buah hati ada? kalau takda boleh cepat cepat cari.haha
Hati bukan tuk disakiti kata Judika dalam lagunya.Hazama pun ada jugak cakap dalam lagu ku relakan jiwa.Bukan nak cakap pasal lagu sekarang.hehe.
Sebenarnya setiap manusia setiap makhluk Allah diciptakan hati dalam dirinya.even binatang pun ada hati.Kalau kita pernah belek belek surah Yassin tu pun ada tulis hadis belakang tu "hati Al-Quran adalah surah Yassin".Bagi manusia, hati adalah satu organ penting yang mengawal emosi perasaan dan bertindak sebagai agen dalam menentukan sesuatu tindakan selain daripada akal.Sebab tulah mana mana manusia cukup tak suka kalau hati mereka terguris.
Cara tenteramkan hati? Maybe bagi yang dah biasa tenteram kan hati dengan kerohanian boleh jugak.Aku ni malas sikit.Terus terang cakap Al-Quran jarang sekali nak baca.Malam jumaat ja dengan yassin.Tu pun kalau rajin baru buat.Maybe ada sesetengah orang ada persamaan dengan aku.bila hati sakit,dada akan turut sakit kan? Selalunya bila aku rasa macam tu aku pergi toilet aku ambik wudhuk tak pun aku baring,kosongkan otak.maybe lepas tu akan mula reda sikit2.Jaranglah aku bagi tahu orang yang aku tengah sakit hati.Lagipun malas nak bebankan sesiapa dengan aduan aduan.Depa tu pun bukan talian khidmat pelanggan asyik nak dengar aduan luahan segala bagai.Paling tidak aku lepaskan dekat twitter.Tapi sekarang aku malas.sebab terlalu banyak mata memandang.Kalau memandang saja takpa.Tapi mulut pun turut serta bercakap pasal kita.Tulis dekat blog ni pun entah berapa orang nak bercakap belakang.Hakikat dunia, kawan bila depan mata.belakang kita? hmm.Tuhan saja yang tau.Biarlah kan..belakang hari ada jugak akibatnya.
Cara aku.kalau aku sakit hati harini.besok tu selalunya dah okay.hampa pulak macam mana? Tak sukalah nak panjang2 kan cerita.masam2 muka.tak best.hidup macam tak selamat ja buat macam tu.nak happy happy dengan semua orang kalau boleh.Tapi kalau nak terasa tu apa boleh buat.Bukan aku yang mintak.Kadang2 orang tu pun bukan ada niat nak bagi terasa kita pun.Terrrrrrr..Sayang sangat kalau sebabkan kita terkecil hati dan susah memaafkan tetiba hubungan kita dengan orang tu retak.padahal benda kecik ja maybe.Bagi aku aku fikir positif dulu dari negatif.mungkin bukan sekali dia buat macam tu tapi apa salahnya kan kalau kita maafkan dia dulu even bukan serta merta kita maafkan tapi at least lepas tu janganlah berdendam or what not.Tapi kalau nak bagi pengajaran dulu pun okay jugak.biar dia sedor sikit yang dia salah.hehe
Mudah memaafkan orang sifat aku.Lagi lagi kalau orang yang aku sayang.mudah sangat.taktau kenapa.Kalau orang tu buat salah macam mana pun senang ja maafkan.Maybe aku lebih sayangkan relationship tu daripada nak bergaduh sampai ke tua.Yelah nama pun sayang kan.Tak mengharap apa2 balasan.Just,nanti kalau aku ada buat silap dengan orang tu nanti,dia pun akan memaafkan aku semudah macam mana aku maafkan dia.Hidup atas dunia ni nak lari mana.pusing p pusing mai jumpa orang tu jugak.Jadi lembutkanlah hati tu untuk maafkanlah silap orang.Dah jadi tabiat sekarang ni before tidur kena maafkan salah semua orang.InsyaAllah tenanglah hati tu.
Just perkongsian cara hidup aku ja.tak suka jangan baca yer.leave your comment kalau ada apa2 teguran cadangan bantahan untuk kebaikan bersama.selamat malam.assalamualaikum.salam sejahtera :)
lastly,even lagu takda kena mengena dengan tajuk.aku nak bagi hampa dengar.best lagu ni.layan lentok dan ambil pengajaran.kbyee
aku mai sini. haha
ReplyDeletemai mana tinsyaz oi
ReplyDelete