SPm haNyA skaLI..

Motivasi SPM

Yakinlah setelah berusha dengan bertawakal kepada ALLAH yang akan membantu kita. Solatlah hajat, taubat banyak-banyak, agar ALLAH tunjukkan jalan kita. Yang penting jangan berputus asa. Berbisiklah pada diri sendiri. Katakan pada diri sendiri, Ya ALLAH, aku mahu berjaya dalam SPM ini. SPM ini adalah salah satu cara aku mengatur hidup masa depanku. Aku orang Islam ya ALLAH. Kuatkan lah semangatku.

Astagfirullahalazim, ucapkanlah selalu. Jika hati keras tidak terkesan dengan nasihat-nasihat dari orang yang menyayangi mu, maka ucapkanlah lailahaillah.
Ucapkanlah agar hati mu lembut.

 Pastikan engkau kemas kini nota-nota pelajaran SPM mu. kemas kini nota-nota bermakna, jika nota tidak ada atau tidak lengkap, maka lengkapkannya. Pastikan chapter by chapter ada.
Seterusnya, ambillah satu kertas, tulislah berapa chapter yang ada pada satu subjek. Buatlah kotak untuk menandakannya. Kotak satu untuk pertama kali baca. Kotak kedua untuk kedua kali baca. Kotak ketiga peta minda. Kotak keempat soalan latihan belakang chapter dan kotak kelima soalan SPM yang berkaitan chapter tersebut. Tulislah. Barulah engkau sedar banyak nya yang aku tidak baca lagi. 

Tengoklah kalendar. Bandingkan dengan chapter-chapter yang ada. Maka berapa chapter sehari yang engkau perlu baca.

Jika engkau tidak faham apa yang engkau baca. Ambillah kertas, bahagikan kertas kecil-kecil. Tulislah kecil-kecil apa yang engkau baca. Moga ALLAH fahamkan engkau selepas ini.
Berusahalah dan jangan putus asa. Mulakan lah. Jangan takut. Ilmu itu satu nikmat. Bertanyalah jjika engkau tidak tahu.

SPM adalah satu perkara yang besar. Mahu tahu macam mana engkau di masa hadapan? Maka renungkanlah apa yang engkau buat sekarang. Bandingkanlah dengan orang yang berjaya. Adakah apa yang mereka buat sama dengan apa yang engkau buat? Atau apa yang engkau buat sama dengan orang-orang malas buat?

~SEJENAK DI FAZREENAYEN.BLOGSPOT.COM ~

This entry was posted on Monday, December 27, 2010. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply