Archive for August 2012

KEMATIAN.siapa tahu ? bila ?

No Comments »

 Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. 

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.  
 
Tanda 100 hari sebelum hari mati:

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

*semoga artikel ini menjadi wahana untuk kita lebih bersedia menghadapi MATI untuk berjumpa dengan PENCIPTA yang maha satu*

mereka yang ceriakan saya :)

3 Comments »

assalamualaikum....huh..
Setelah sekian lama biar blog ni bersawang..labah labah pon dah beranak pinak dah.huhu.maafler.actually xdak masa dan xdak topic nak update..ermm..rasanyaa dah dekat 2 bulan aku tinggal blog ni tanpa update.huhu.satu jangka waktu yang lama la jugak bagi seorang blogger.

al-kisah dimulakan nak cerita laa hidup kat UiTM KEDAH..Alhamdulillah.dengan rahmat dariNya.semua berjalan dengan lancar.aku selesa belajar kat cni..pejam celik dan kini masih celik tak terasa pon nak dekat satu semester dah aku lalui kehidupan sebagai "pre-mahasiswa" kat sini.hoho.dan kini aku memakai tag PRE-lawrian..insyaAllah kalau ada rezeki,dapatlah sambung kat SHAH ALAM nanti.yang pasti aku happy kat sini sebab ada insan yang semua orang pasti ada..iaitu SAHABAT.xdak depa ni maybe hidup sangat2 bosan kat cni.yeahh..aktiviti paling best adalah bila kena sewa kereta then travel merata.sangat best.hehe.ahad ni nak ke penang pulak.kenduri miss saliza.huh.sapa driver? sapa lagi oii..CEK LERR..btw thanks guys sbb selalu buat aku xbosan dan selalu bagi aku peluang untuk aku bising. *aku xsuka dok diam.kcuali atas sbb2 tertentu*..oyeahh..amboih.lani type skit pon dah mengah dah noh.huhu.apa lagi nak story ni.hmm.


WAN AIDIL,WAN,IZZU,FAREED,IKHMAL,AZWAR,SYAKIR,ANUAR,FAIZ KELATE,SHAH,FAEZ,MUBARAQ,ADIB,NAJMI,MUMMY,ASMA,JIHAA,TEESYA,SYIFA,ZATI DAN KAWAN-KAWAN YANG LAIN :)

haaaa.baru teringat.alang2 dah update ni.story sikit lah psai SPORTS day tadi.huh.sangat happening doe.apa2 ja pre-law part 2 buat.yang nak buat ramainya budak2 kelas C,D ngn F ah.paling ketara kelas D ah.. *cehh nak puji jugak kelas sendiri tuh,nyampah* :|
aktiviti apa yang di buat? macam2 weh.baling belon,main tepung.futsal,bola jaring,dan paling sakit sekali TARIK TALI ah.haha.part 2 kalah woh.first impression,cuak tgk bdn part 2 besaq2 tong gas..adoii.mau kena hayun kami ni.tgk2 game first dorang dah teseret.apa sudah jadi bro.game kedua dorang menang dan game ketiga kami MENANG.huyayy..tapi ada ketidakpuashatian sikit di situ sbb bila suruh penonton tepi tu datang bg semangat.dorang p join tarik plak.tp xefek pon cma geng part 2 nmpak bnda tu,so dorang xpuas ati lah skit.tp sbb sports day besa ja dorang pon wat xkisah ja..adiah pon xberbaloi ngn tegeliat2 kami nih.haha..malas nak story lah psai adyah.yang azwar ngn fareed pulak juara belon air.AZWAR sangat cekap ah bab2 main belon ni.haha.futsal sekadar tempat kedua.huhu.kelas mana? of course laa D..ohh.semangat kelas di citu.jangan marah yer.kita kan PART 1 ~ ~ ~ :)

hoh.hari yang sangat penat dan letih..tp enjoy.dh longgar otot2 kaki dan tangan.huhu.best sangat..insyaALLAH taun depan kalau ada peluang kita buat lagi untuk adik2 part 1 naa..hehehe..sudah2 laa kot story morry tu..dah nak senja dah.saja bosan2 ja ni.pa2 pon.kepada semua rakan2.dah busy dengan macam2 assignment dah ni.dengan test yang berduyun duyun nak mai lgi nih..gud luck yeahh..kutip pointer berderet2.doa untuk semua.aminn..

ok lah..nnty ada topik sayer tulis lagi yer.setakat ni dulu..BUHBYE ♥