OST Teduhan Kasih :')

No Comments »

Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku


Sekolah Menengah Sains Agama Pokok Sena

No Comments »

alhamdulillah.diri ini masih lagi sihat2 sahaja.Allah bagi makin sihat.bersyukur.makin bulat.even hati tak lah selalu happy.tapi tetap bersyukur masih diberi ruang2 untuk aku happy.

tiba2 menjelma pulaks mood nak betyping dekat ruangan "si lesung pipit" yang comel ni.

Pendek kata,perkataan bersyukur tu tak patut dilupakan oleh setiap insan especially umat Islam.sebab Allah sendiri dah pun berjanji ngn kita kan.


“Barangiapa mensyukuri nikmat-Ku, maka akan Ku tambahkan nikmat baginya. Dan barangsiapa kufur terhadap nikmatKu, sesungguhnya adzab-Ku amat pedih.” 
(Q.S. Ibrahim : 7)

so,bersyukurlah dengan segala nikmat yang ada sekarang.yang dah pergi tu biarkan dia pergi.yang penting nikmat sedia ada ni jangan kita pertikaikan atau kufur dengannya.
Ekceli nak cerita benda lain.tengok tajuk post pon nama sekolah dah lain.ahaks.ada agama pulak.phuih.cerita dia dulu first time aku masuk Saina ni aku diperkenalkan dengan orang2 yang bergelar "BADRI" singkatan kepada Badan Dakwah Rohani & Ibadah.Mati2 aku ingat mamat2 yang dok cakap kat depan tu nama badri.ciss.tunduk malu aku.

Mulanya.semua sedia maklum lah.anak bongsu anak kesayangan mana yang nak duduk asrama cik oi.choii ! bukan manja nah.sehari dua masuk form 1 tu memang lah mengaku.sunyi plus bosan tahap.homesick nih takpayah cerita lah.tiap2 hari kol.lama2 sikit 2 3 hari baru kol.lagi lama seminggu sekali.naik form five, tak dak duit baru kol.hahahaha.kejam gila.nak cakap kat sini bersyukur sangat jadi anak kelahiran SBP,lagi2 pulak SAINA tu.tapi yang dulu lah.yang sekarang tak lagi macam dulu.rohani nya tak sebersih dulu lagi.dulu orang nak ikot aktiviti rohani yang badri ni buat.tapi sekarang tak lagi.budak2 dah susah nak ikot.badri pun dah mati akai nak dakwah dgn cara macam mana lagi.

Tapi masa form 1 dulu memang aku respect abang2 senior yang berjaya ubah aku jadi manusia.memanglah semuanya bermula dari diri sendiri.Allah sinarkan hidayah dalam hati bila kita berusaha sendiri untuk cari hidayah tu.kalau tak cari.mana ada hidayah terbang sendiri.Tapi, kalau tak kerana wujudnya peraturan dan aktiviti2 yang berjalan smooth dekat Saina tu.tak mungkin aku terbuka hati nak jadi manusia.So,cerita dia dulu memang aku jarang lah solat.tapi sejak 5 tahun dekat sekolah bertuah tu.aku dah tau jaga solat sedikit sebanyak ilmu agama.tapi tak lah sehebat ustaz2 tu.sikit2 jah.Iman pun tak kukuh mana lagi.tp takat nak bela anak dara orang tu ok ja.ehek.gatai piang.haa.tu yang letak tajuk post nama sekolah plus agama tu.huhu.memang terbaik lah saina zaman dulu2.aku percaya.bukan Saina ja macam ni.banyak jugak SBP lain dan sekolah2 asrama lain yang buat benda yang sama.cuma nak ikot dengan taknak ja.bukan cakap sekolah harian tak bagus.tapi bila dekat asrama ni pengaruh rakan lebih kuat.aku mengaku.mula2 sembahyang mmg tak ikhlas pun.buat sebab tu peraturan dan sebab malu dekat kawan.tapi lama2.cuba ikhlas kan hati.Kita Islam.Dia bagi dunia ni pinjam ja.bukan mai dunia nak happy go lucky.Allah suruh kita beribadat dekat dia.

sama-sama lah kita muhasabah diri.kalau ada solat yang tertinggal tu.kalau ingat cepat2 lah qadha.diri ini pun tak sempurna mana.sama2 lah kita saling memperingati.

thanks Allah.thanks friend.thanks mak & abah.thanks everyone.




Debaran

No Comments »

assalamualaikum world.apa habaq?? kalau aku menaip ni maknanya aku teramat bosan dan inilah pilihan terakhir aku bila dah terlampau bosan.haha.tadi tengah scroll blog janda saya.haha.banyak betul post gambar aku dalam tu.wah wah.bahagia jgk kami dulu ya.hahaha.ok.ini iklan semata mata.

hmm.sekarang ni dekat office lah.boss tak mai bagi keja lagi.satgi ada lah tu.tumpang tengah freee ni.baik wat keja aku dulu.lama laa jugak tak update blog nih.

seperti yang semua sedia maklum.aku baru saja habis belajar dekat foundation Uitm tuh.so, sekarang tengah bertungkus lumus mencari lubang2 Universiti yang boleh masuk.bukan tak yakin dengan Uitm tapi tengok harapan mak abah aku nak sangat anak bongsu depa ni jadi lawyer.alahaii.aku lemah sikit bab2 mak bapak ni.kalau nak ikotkan minat,dah lama aku amik IT tu.memang bisnes besar lah jawabnye.takpa.rezeki ada di mana2 ja.
haa.kalau hafal doa ni dan amalkan tiap2 kali lepas solat.insyaAllah ada rezeki di mana2.sekarang ni kalau nak sambung law di Universiti awam pilihan terakhir adalah UUM je lah.abah pun tengah usaha tu nak masukkan anak dia ni dalam course law jugak.kalau laa kami berduit.dah lama aku mintak abah aku hantar pi Brickfield law school tu.perghh.memang heaven kat situ.cuti pun tak balik dah.haha.kalau ditakdirkan dapat UUM tu pun dah cukup bersyukur.cuma sedikit terkilan sebab dah jadi anak kedah tulen betul2 pure kedah.dari tadika sampai lah ke Universiti aku hidup dalam kedah ja.alahai.tak mencabar lansung.paling jauh pun Uitm Merbok tu lah.haha.its okay.belajar dulu.mana nak tau dapat jodoh orang jauh2 nanti.hehehe.insyaAllah.kalau orang changloon gak taktau nak kata apa dah.nasib badan lah kan.hmm.harap2 nya tidak.
bagi kawan2 yang dah lepas MUET lepas Result tu.bersyukurlah yer.dapat jugak belajar law di Uitm tu.sebab tak rugi belajar Uitm ni.law dia dah memang stable.keluar2 nanti pon senang ja orang nak amik bekerja.kena laa sungguh2 belajar tu yaa kawan-kawan.
selagi tak dapat semua keputusan dapat Universiti mana.selagi tu lah hati ni berdebar debar.once dah dapat senang sikit nak plan pun.hmm.kita hanya boleh redha dan tawakkal ja padaNya.semoga Dia dah tentukan yang terbaik untuk kita. Tak lupa jugak pada semua geng2 matriks.harap hampa semua tak silap buat pilihan na.silap pilih takut nanti nak kena patah balik.orang dah anak 2 hampa baru nak gred ijazah.haha.pelan2 kayuh takpa.jangan gopoh gapah.pilih tu ikut minat sama.jangan main syok pilih ja yer.




Rojak ☺

No Comments »

hello everyone.tiba2 dapat hidayah malam ni nak update blog pulak.actually blog ni dah tak privacy.nak luahkan rasa semua dekat blog satu lagi.yang tu private and confidential lah.

tengok blogger asasian lain,mentang2 dah cuti taktau nak buatpa keja mengupdate blog ja.rajin betul hampa nah.aku ni jenis malas sikit.idea pon tak banyak nak melalut kat makcik blog ni.tak ada story best pon.just nak kongsi apa masalah hati ni tak berapa tenang.

HATI TAK TENANG bukan masalah luar biasa.semua orang dah biasa melaluinya.tapi ntahlah.rasa macam pedih + sakit.hmm.rasa menyesal campur rasa geram campur rasa muhasabah campur macam2 rasa lagi lah.haih.kenapa dengan perasaan ni ya.nak kata pasal awek.awek pon dah lari p mana dah.hmm.

alang2 dah update blog nih.cerita lah sekali.ramai jugak dok tanya "Cuti buat apa cuti buat apa" i'm manager besar dekat M.Fairuz&Partners tu lani tau.haha.Tak lah.memain ja.office boy dekat situ.kadang2 buat keja lawyer.kadang2 buat keja psychology consultant my dad tu.fax2 surat pergi kat sekolah2.then keluarkan invoice.buat resit guaman.edit2 slide powerpoint.boleh laa sikit2 tolong syarikat tu.bukan orang lain punya.family sendiri jugak.abah pon bayar gaji minggu.berapa tu takyah laa tanya.hehe.

sambil keja office boy tu, aku buat part time jual keta.tolong abang aku.dia jual BMW e36.kalau taktau pegi google.hehe.aku jual Mercedes c200 model lama.haa.kereta2 ni jual murah2 je.kalau minat boleh la gi tengok dekat mudah.my tu.ada iklan kami.alaa.tolong2 orang terdesak nak pakai kereta.harga memang boleh bincang laa.yelaa kan.orang nak bayar cash.takkan la nak letak tinggi2.ingat jugak kemampuan orang lain tu.kalau ada sedara mara nak beli kereta BMW or MERC boleh la tolong rekemen kan.Kereta bukan jenis masalah punya lah.memang terbaik.aku tengok sendiri pon macam nak pakai ja.tapi apakan daya.bos besar suruh jual.sobss

Tu lah ceritanya.kerja2 yang aku buat masa cuti.Ingat nak gi workout buat badan ni balik.adehh.tapi balik office dah pukul 5.takdak masa.memang boroi begini lah jawabnya.hehe.kadang2 kalau rajin sikit main la jugak kayuh basikal eksesais dalam rumah ni.longgar la sikit otot2 tuh.hmm.

Ceria?? err.nak cakap pasal ceria ni,sapa yang taknak kehidupan ceria kan.dulu aku ada orang yang menceriakan.tapi tak kekal lama.dia bukan rezeki kekal yang Allah bagi.so dengan kehidupan sekarang,aku just ceriakan diri aku.takpa.aku still ada kawan2 and family.nak lupakan tu memang lah susahkan.kadang2 memang teringat.jujur cakap semua kenangan tak padam lagi.tunggu ada pengganti kot baru nak lupa.tapi setakat ni tak terbuka lagi hati nak terima sapa2.lagi pon ada ka yang nak tu.susah nak tackle perempuan2 sekarang ni.eksyen betul.haha.tak lah.joking ja.jangan marah haa.kalau Allah dah tulis aku ada jodoh dgn sesiapa.maka adalah nanti.sekarang ni masanya aku cari peluang2 kumpul harta dunia dulu.fuhh.hidup kena diteruskan.apa jua cabaran tu biasa lah.tempuh dengan penuh tabah.insyaAllah Dia bantu nanti.

Panjang lebar betul post kali ni.udah2 ler tu.lain kali bersua lagi ya.sampai jumpa.jaga diri.doakan kejayaan aku dunia akhirat.insyaAllah. :)

link bmw untuk dijual:
http://www.mudah.my/BMW+320i+A+VERY+SPORTY+M3+BODYKID-21336748.htm
dan 
http://www.mudah.my/BMW+328i+A+SPORTY+WITH+MOONROOF-21316701.htm

link mercedes untuk dijual:
http://www.mudah.my/Mercedes+Benz+C200+A+sporty-21316245.htm


Selamat Berbahagia

No Comments »

post seterusnya.luahan hati seorang hamba Allah yang sedang sentap abadi.haha

ASSALAMUALAIKUM...
actually sahabat boleh di define dalam macam2 cara dan ada macam2 jenis sahabat dalam dunia ni.hmm.tadi kat twitter ada perang lah sikit dengan seorang hamba Allah ni.maybe dia pernah jadi milik aku buat sementara waktu dulu.tapi tak sekarang.aku pon tak lah nak mengharap dapatkan dia balik.sebab dia dah pon bahagia dengan lelaki pilihan dia.so.ok fine lah.teruskan hidup.tapi bila tak perlu kita provoke orang yang penah sayangkan kita dengan ayat2 yang menyakitkan hati.semua orang ada perasaan masing2

even kalau kita tweet lyrics pon.dan lyrics tu ada menyentuh soal yang sensitif.benda tu tetap boleh rosakkan perhubungan.ya.aku faham dia takkan balik ke aku.dan aku tak pernah mintak pon dia balik plus takdak pon harap dia balik.tak pernah tunggu pon.aku tengah dalam proses nak lupakan dia.sebab dia dah jadi milik orang lain.aku takmau kacau langsung relationship depa tuh.tapi apa masalah dia sampai nak sakitkan hati aku dengan ayat " i'll never ever ever ever be with you again" ???? aku nak sangat kah? haha.ni semua tak bermaksud aku benci dia.aku jarang benci orang.even dia buat camni dulu pon maybe aku benci sat.tapi sampai bila kan.kita manusia.semua nak berjumpa jugak nanti dekat padang mahsyar.tak perlu nak benci2 bagai.cukup lah kalau kita tau jaga hati orang lain atas muka bumi Nya ini.semua orang ada stress masing2 .tp kena jugak control.aku banyak bersabar dengan dia.takkan sampai aku dah jadi kawan dia ni pon nak kena tahan sabaq dengan dia lagi.tolonglah faham kan? tak pa.aku tak kan benci dia pon.just rilex.jangan ulang lagi.takmau kawan ngn aku dah pon takpa aih.jaga lah cik abang tu baik2 yaaa..

dan aku nak state clearly lah yang kat sini aku tak mengharap pon kat hang.dan jangan lah anggap aku pon nak berbalik.tak kot.kalau dah ditentukan benda tu dekat lomahfus.tak dapat nak buat apa.luar bidang kuasa aku.jagalah hati orang lain.nescaya Allah jaga hati kamu nanti.insyaAllah.try to be your friend.try to hear what ever your probs.but your attitude make me think twice to do that again.sorry friend.hope kamu bahagia dengan pasangan kamu tu.i had try.and i give up.thanks for the great time dan segala pengajaran dan memori.aku tak pernah putuskan persahabatan.feel free to contact me.but my expectation towards you maybe a little bit changed.

bila kita dah tak bersama.makin banyak perbezaan muncul.baru kita nampak kenapa Allah takdirkan kita tak bersama.Allah tu perancang yang baik.biarlah dia yang tentukan hidup aku.i'm disturbance right? so okay.thats all lah untuk malam ni.semoga hidup kita sentiasa disinari kebahagiaan.insyaAllah.pray for my happiness.wssalam :')


Dah nak graduate !

No Comments »

salam alaik.salam sejahtera.selamat pagi ! selamat malam ! selamat tengah hari !

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MENGASIHANI

apa khabar.ish3.banyak betul labah2 kat blog ni.bersawang.hehe.bukan apa,takdak masa nak update dah sekarang.haritu cik najwa syazwani pon ada tegur pasal blog ni dah tak ber update.ada jugak yang concern noh.thanks

Tak ada story best pon.just cuma terfikir.dunia sekarang ni cepat betul masa berlalu.Macam baru ja rasa amik result SPM tuh.tiba2 sekarang dah pon nak final Exam dalam Final Semester aku dekat Uitm Kedah.InsyaAllah.kalau ada rezeki daripadaNya.dapat lah sambung dalam course Undang-undang.Kalau tak dapat pon tetap bersyukur sebab dah dapat masuk Degreee :) 

Hari ini dah start Study week untuk semua budak2 Uitm.Tak kisah lah diploma ka pra ka asasi ka matrik ka.rasanya semua dah ready untuk hadapi Final Exam yang agak scary tu.hehe.Subjek Sem ni agak tough2 lah.Tak target banyak untuk semester ini.cukup lah kalau boleh dapat maintain pointer sem lepas.dah bersyukur sangat.untuk subjek2 pure law macam law 2 , law 3 rasanya macam boleh lah nak score.subjek lain tu macam berat sikit.macam PSYCHO,GLOBAL.urghhh..sakit sikit lah teqa nak hafal semua fact2 dia tu.haha.Eco pulak tak kena dengan jiwa.cuma haritu nasib baik sikit dapat FULL mark untuk QUIZ 20/20.woot woot.sedikit riak di situ.haha.takda lah.suprise woi.

Kalau dah update blog ni maknanya aku kat rumah laa kan.kalau nak update kat sana tu memang tak lah.siput babi tu laju lagi dari internet dia.hehe.btw,segala kenagan pahit manis dekat Uitm tu akan sentiasa tersemat dalam hati ni.kawan kawan kat sana sangat awesome.best sangat dapat kenal dengan depa.semua classmate pon spoting2.roomate2 pon best.walaupun roomate sem 1 agak passive.tapi untuk Sem 2 memang super duper active.haha.Final exam just around the corner.so guys.please pray for Us.semoga dengan kejayaan kami hari ini dapat bantu anda semua di masa hadapan.

* kepada adik2 baru abes SPM tu nak apply law silakan.sangat enjoy belajar law *
 (sesuai untuk mereka yang tak minat kira2 walaupun ada eco sikit,tambah tolak ja)


MIMPI YANG PULANG

No Comments »

Mimpi Yang Pulang

by Iklim

Sumpah yang mana
Yang dapat merebut seri
Kalung cintamu


Jurang yang mana
Yang mampu memisahkan
Rasa setiaku


Takkan ke mana seandai di mulut
Kau tak sepenuh hati

Lidah siapa

Yang manis bermadu dulu
Mungukir janji

Wajah siapa

Berbayang seribu rupa
Meragut kalbu

Tak ke mana seandai di hati
Bertakhta palsu ragu tak henti

Moga jadi pengalaman

Dan pengajaran antara kita
Tidak menjadi dendam aku takkan muram
Oh kerananya...


Pedih ku buang mimpi pun pulang
Bersama engkau yang telah hilang

Dunia yang mana
Dapat kau sembunyi diri lari dari ku


Alam yang mana dapat menyisihkannya
Benar kasihku

Pasti nanti engkau merasai
Jangan tangisi
Cinta yang pergi

sudah terang lagi bersuluh

2 Comments »

assalamualaikum.bismillahirrahmanirrahim.segala puji Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.



HAI followers2 sekalian.thanks untuk sudi baca post kali ni.macam biasa la.sampai rumah ja mesti kena ada jugak post untuk blog yang tak berapa nak blog sangat ni.ekcelli,sekarang ni tengah Cuti Cina Raya.tudia.broken BM.maklumlaa dulu tak suka cikgu BM.haha.

mari mula dengan lirik lagu ni.best jugak.150 juta.dulu by fynn jamal.sekarang dah ainan tasnim beli plak. 

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan aku soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”


haaa.saja cut off untuk part first tu ja.banyak dah sangat soalan macam atas tu.haha.speechless taktau nak jawab apa weh.perasaan bukan benda boleh diatur boleh dibuang boleh diambik sesuka hati.segalanya telah ditentukan oleh yang Maha Kuasa,Allah s.w..t.apa jua takdir pada kita.terimalah dengan hati yang terbuka.mungkin kadang2 tak semua ujian yang diberikan tu tak semudah yang disangka.tapi ingat.Allah dah janji tak akan bagi hambaNya ujian yang mereka tak mampu hadapi.insyaAllah setiap perkara yang berlaku tu pasti ada hikmahnya


berbalik pada lirik atas tu.dah ramai sangat tanya benda yang sama.so bagi aku,walaupun pada awalnya hati memang lah tak rela kan.tapi lama kelamaan,bila kaji dan temenung fikir pasal ni macam no solution.prinsip aku mudah ja.orang sayang aku,aku sayang dia.

insyaAllah.aku dah hampir sepenuhnya buang perasaan yang pernah Allah singgahkan kat hati aku.mungkin dia dah ambik kebahagiaan yang sementara tu untuk ganti dengan kebahagiaan yang tetap nanti.Si dia pon dah bahagia dengan orang yang aku sendiri kenal.dan aku redha semua ni.no gaduh gaduh.ramai dok cakap "get a life get a life" so rasa inspiring dengan kata2 tu.aku terima dengan dada yang terbuka.mungkin ramai tanya kenapa still contact.haha.soalan best.hey,aku tak musuh dengan sapa2.semua aku kawan.mungkin bagi hampa,lepas clash dah tak kawan.aku mengaku,dulu aku amalkan prinsip ni jugak.tapi bila fikir pros berbanding cons nya aku tekad nak berkawan walau apa yang berlaku.takut jugak main putus2 silaturahim ni.besar dosanya.hmm.

Masing2 dah dengan kehidupan masing2.tak ada apa yang lagi yang perlu diharapkan.walaupun aku masih belum bersedia nak ada pengganti n mungkin takkan ada lagi buat masa ni.aku tetap bahagia dengan family n kawan2 aku.thanks a lot kawan2 yang salu prihatin pasal aku tu.kadang2 memang annoying pon.tapi kadang2 ja kan? hehe.kepada pembenci pembenci fazreen.hampa bebas nak benci.tak dihalang.aku tak benci pon hampa.chill ja.kalau nak berkawan boleh ja.no hal lah.aku sempoi ja dengan semua.

apa yang aku nak bagitau kat sini.kalau hampa bahagia.make sure jaga kebahagiaan tu elok2.jangan sampai Dia tarik balik nikmat yang dia bagi tu.konklusinya,antara aku dan dia dah takdak apa2.aku dah korbankan perasaan aku.dan dia dah bahagia dengan orang yang selayaknya membahagiakan.jangan tanya lagi yer.dah habes dah.nanti ada cerita baru,aku takan lupa aih kawan2 yang salu amik berat sal aku tu.thanks a lot ya korang2 semua.i love u.bye :)