Jalan Ditutup 9 Januari neyh!

No Comments »

Untuk makluman semua pengguna jalan raya, pada 9.1.2012 kesesakan jalan raya dijangka akan berlaku di sekitar jalan-jalan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Matrade, Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya mulai jam 7 pagi.

Jalan-jalan yang terlibat adalah :-
1. Jalan Duta dari kedua-dua arah

2. Jalan Kuching

3. Bulatan Segambut

4. Jalan Khidmat Usaha

5. Jalan Ibadah

6. Jalan Dutamas

7. Jalan Persiaran Dutamas

8. Jalan Hikmat Usaha

Oleh yang demikian, Ketua Trafik Kuala Lumpur menasihatkan semua penguna jalan raya supaya mengambil langkah berikut :-

1. Elak dari menggunakan jalan -jalan tersebut jika tiada sebarang urusan penting.

2. Kakitangan pejabat yang bertugas dan orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar kawasan tersebut dinasihatkan supaya menggunakan Pengangkutan Awam.

3. Patuhi arahan dan beri kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis yang bertugas.

4. Pastikan kenderaan yang diletakkan tidak menghalang lalulintas.

(sumber http://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia)

Mai usya sat..hiburkan hati..

2 Comments »

i am single and available..mmuahh

satu pokok rm10..

malu kat monyet..depa pon da kawen..

selamatkan udara ..[ restoran kat ENGLAND]

=='..xpaham

xpayah p gym pon..

nak wat jugak lah nnty.

no caption available [tergamam]

ketui2 tangan tuh...sedap wat bantai plok..

avatar [broken edition]

patotlaa exora ngn grand livina da xlaku...= ='

  anuar zain ka najwa latif?? confuse..
IBU MENGANDUNG DAN PENGHIDAP LEMAH JANTUNG DILARANG TONTON! haha

kisah tauladan..

2 Comments »

Pelajar : Ustazah,doakan saya ustazah,saya nak dapat 5A dalam UPSR ni. Serius.
Ustazah:Ya,insyaAllah saya doakan.
Pelajar : Ustazah kata nak doakan,tapi ustazah tak mintak nama saya pun.
Ustazah :Ya,apa nama awak?
Pelajar : Adam ustazah.
Ustazah : Kenapa awak macam beria-ia sangat ni?
Pelajar : Saya kena dapatkan 5A jugak,sebab saya nak tuntut hadiah dari mak
saya. Mak saya kata,kalau saya dapat 5A,saya boleh mintak apa saja. Mak
saya tak tahu lagi apa saya nak.
Ustazah : Boleh ustazah tahu apa permintaan Adam?
Pelajar : Saya nak mak saya tutup aurat ustazah.

Ustazah terkejut dan terharu,lantas beliau mengangkat dua tangannya dan terus berdoa untuk si pelajar tadi. Allahu Rabbi..♥♥

xyakin..tp nak.

No Comments »

bolehkaa aku bagi kebahagiaan kat ang ?? ?

PASifiC First till LAST day~

No Comments »

pengalaman keja aku arinih..fuhh..igt dok dalam econ xbepeluh..bepeluh jgk yaww
aku interview maqen..igtkan isi borang dpat keja..ada intrview jgk..simple jea..hmm..P tiga orang AKU,ZUHRI,JABBAR..last skali AKU SORANG BAK ANG!! geraammm cancel last minit.adehh..p laa jugak keja..hmm..sampai2 tu ada laa 5 orang ag bdk cm aku jgk..kami suma kena briefing sal peraturan kat ctue..ketat laa jugak..yg paling xleh blah..FON AKU KENA RAMPAS BRO!!
ikat getah ciap..haha..pkaian suma ok..lepas sign suma cap jari suma kena isi borang..taw dak borang apa? borang bukak account laa bang/akak~...huhu.

.paling "cannot go" skali dapat borang KWSP skali wooo..hahak..nak tegelak pon da gak..keja 17 ary jea..huu..tp xpaa.xcited nak keja..trus tuqon p tmpat keja -PACK HAMPER RAYA CINA dohh..haha..[wat pala sniqi mai tuqon]..adoii..minah amoi H.R tuu pnya dok caqi aku..haha.

mulaa keja dgn angkat kotak makanan2 dalam hamper 2 boh kt blakang..then p panjat store amek stok..fuhh..da laa store tue smpit ngn kotak2..[manja toi].pastue dok kehulu kehiliaq ngn kawan baru aku ..nama dya NIK n soqang ag nama dya ASYRAF..ada pompuan soqang..nmpk mcm bwu f4 jea..haha..tp da 20 ton..da kawen ada anak ag..haha..tp dya spoting cm kami2 jugak.hmm...pastue dah settle bab stok..dtugaskan pack hamper RM100 sbnyk 40 unit..hmm..buat jelaaa.

.dgn kudrat yg ada..haha..rehat pkoi 1.p makan nasik kat dpan tue jea..pstue smyg..then smbg wat hamper smpy koi 5..best laa jugak dok meqapu ngn depa2 tuh..tp pnat laa..men ngn saloytape jea..haha..yang pakcik2 dok lalu dpan tue dok usya pelek..igt aku pek arak ka..padahai bkn arak pn..dya boh lam botoi cm arak jea..BABI pon xdak lam hamper tuh..suma halal..tp makanan tradisi cina ar..

haaa lupa nak gtaw..kami ada supervisor..PGEY dya MAK..haha..actually ada bnyk supervisor,tp tue yg paling head supervisor laa untuk department kami..hmm..bila dya xdak..suma pakat relax..pstue bila nmpk dya jalan daqi joh..pakat kalot wat keja..haha..mcm tue lah anak2 melayu..hee2..

bila dya mai tue..dya nak bg syif kat aku..tggu pnya tggu dya bg syif noon utk esok..adoii..ESOK JUMAAT laa makcik! grr..noon tue masuk pkoi 1 tgh hari..cena nak wat nie..pstue tnya pndapat kawan2..then dpa pon kta kat ctue mmg cmtu..bab2 smyg nie kena pandai cuqi masa..tp bab solat jumaat xleh nk wat paa..zohor je laaa..aku pon dok pikiq laa jugak..

bila supervisor soqang ag mai,melayu [lembut2 gitue~] aku pon tnya laa..dya pon xleh nak tolong..NO EXCUSE..adoi..

tepat jam 6.30..p nek atas amek fon then p slide card pstue balek kalot2..asaq xsmayang ag..huuu2..pastue2 pkiq pnya pkiq..bek xpyh keja kalau kena tinggal SEMBAHYANG..

PILIHAN YANG TERBAEK ADALAH BERHENTI!! sekian~
pa2 pon.
i have a nice day with my new friends and experienced working in glocaries departmert ..chow2..thanks 4 reading..

AMalina Ouhh Amalinaa~

No Comments »

Salam...

Hari ini sekumpulan wartawan tempatan dari stesen TV9, Astro Awani juga akhbar Harian Metro, Sinar Harian, Berita Harian dan Utusan Malaysia berpeluang menemuramah Nur Amalina Che Bakri, di rumah ibunya di Kota Tinggi, Johor bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai pelbagai tohmahan di media sosial contoh blog dan facebook baru-baru ini.

Amalina Che Bakri yang ketika ini berada di UK baru sebentar tadi telah pun memberikan jawapan balas melalui bantuan Skype. Beliau menceritakan mengenai perkembangan terkini dirinya yang masih berada di United Kingdom. Beliau juga akan mengambil iktibar dari nasihat dan komen yang berguna dari semua orang.


Nafsu Lebih Jahat dari Segala~

No Comments »

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Al-khaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang ertinya:

"Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang ertinya: "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
 
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bererti: "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang da`if dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang ertinya: "Wahai akal, tidak Aku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.

" Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bererti: "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." 

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bererti: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' (lapar) selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang ertinya: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Engkau adalah Tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat, oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau ia mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Sifat-sifat MUnafik..

No Comments »

  • Iman tidak tetap dan tidak teguh..imannya berubah ubah mengikut keadaan,sangat mudah terikut ikut dengan dan terpengaruh  dengan persekitaran.Hidup umpama lalang.
  • Tindakan sentiasa berubah...seumpama pelakun hebat, didalam tempat beribadah dia akan mengikut orang beribadah,apabila tidak dilihat orang dia mengikut kata hatinya yang sebenarnya menolak kebaikkan.
  • Tidak tetap kata kata....didepan orang mukmin,mengaku beriman dan memuji islam,di belakang pula dia mengutuk islam.
  • Mengharap kebaikannya sentiasa dibalas oleh orang lain..mengharap kebaikkan yang di buatnya mendapat balasan seperti wang ringgit atau pangkat mahupun harta benda.
  • Jiwanya tidak tenteram...sentiasa resah kerana terpaksa bersikap pura pura dihadapan orang ramai.Resah kerana tidak dapat mengikut kata hatinya yang menolak kebenaran.
  • Dunia adalah matlamat hidup dan tujuan utama.Cintanya pada kebendaan,pada kedunian melebihi cintanya pada ALLAH SWT
“Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).
30 Sifat Munafik Yang Wujud Dalam Hati Kita:
Sifat Yang Ke-1 : Dusta
Sifat Yang Ke-2 : Khianat
Sifat Yang Ke-3 : Fujur dalam Pertikaian
Sifat Yang Ke-4 : Mungkir dan Ingkar Janji
Sifat Yang Ke-5 : Malas Beribadah
Sifat Yang Ke-6 : Riya
Sifat Yang Ke-7 : Sedikit Berdzikir
Sifat Yang Ke-8 : Mempercepat Shalat
Sifat Yang Ke-9 : Mencela Orang-Orang yang Taat dan Sholeh
Sifat Yang Ke-10 : Memperolok-olokkan Al Quran, As Sunnah, dan Rasulullah saw
Sifat Yang Ke-11 : Bersumpah Palsu
Sifat Yang Ke-12 : Tidak Mahu Berinfaq
Sifat Yang Ke-13 : Tidak Memiliki Kepedulian terhadap Nasib Kaum Muslimin
Sifat Yang Ke-14 : Suka Menyebakan Kabar Dusta
Sifat Yang Ke-15 : Mengingkari Takdir
Sifat Yang Ke-16 : Mencaci maki Kehormatan Orang-Orang Sholeh
Sifat Yang Ke-17 : Sering Meninggalkan Shalat Berjamaah
Sifat Yang Ke-18 : Membuat Kerosakan di Muka Bumi dengan Dalih Mengadakan Perbaikan
Sifat Yang Ke-19 : Tidak Ada Kesesuaian antara Zahir dengan Batin
Sifat Yang Ke-20 : Takut Terhadap Kejadian Apa pun
Sifat Yang Ke-21 : Berudzur dengan Dalih Dusta
Sifat Yang Ke-22 : Menyuruh Kemungkaran dan Mencegah Kemakrufan
Sifat Yang Ke-23 : Bakhil
Sifat Yang Ke-24 : Lupa Kepada Allah swt
Sifat Yang Ke-25 : Mendustakan janji Allah dan Rasul-Nya
Sifat Yang Ke-26 : Lebih Memperhatikan Zahir, Mengabaikan Batin
Sifat Yang Ke-27 : Sombong dalam Berbicara
Sifat Yang Ke-28 : Tidak Memahami Islam (Ad Din)
Sifat Yang Ke-29 : Bersembunyi dari Manusia dan Menantang Allah dengan Dosa
Sifat Yang Ke-30 : Senang dengan Musibah yang Menimpa Orang-Orang Beriman dan Dengki Terhadap Kebahagiaan Mereka
YA ALLAH SELAMATKAN LAH AKU & ORANG2 SEKELILING KU DARIPADA SIFAT 
MUNAFIK..AMEEN~
Semoga kita TIDAK tergolong dalam ciri ciri orang yang munafik 
.Didiklah jiwa untuk berkata benar di depan mahupun di belakang
manusia kerana dalam situasi apapun ALLAH sentiasa ada .
Bersama mencari redha ALLAH.INSYAALLAH